Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > Peminat mahu kekal di Liga Super

Peminat mahu kekal di Liga Super

18 PFCvsKEL PM

Inilah persoalan yang kami tanyakan kepada follower kami di twitter dua hari lepas.

Undian yang dibuka selama 2 hari bermula 16 Oktober jam 10.30mlm dan berakhir pada 18 Oktober 2016 pada jam yang sama menyaksikan seramai 126 warga twitterjaya mengambil bahagian.

Keputusan sememangnya jelas apabila seramai 63 peratus peminat mahu Pahang FC kekal dalam Liga Super 2016 dan mereka mahu prestasi musim ini diambil pengajaran untuk menyediakan pasukan yang lebih baik dan mantap pada musim hadapan.

Contohnya seperti @mohdfirdausmail yang menyatakan harapan untuk PFC terus kekal di MSL 2017 dan beliau juga mahu rombakan kepada barisan kejurulatihan dan juga pemain dalam menghadapi saingan liga pada musim depan.

Manakala seorang seorang lagi follower kami iaitu @syamrozali yang mahukan kegagalan Pahang FC memberi keputusan yang terbaik dalam musim ini hingga bergelut untuk kekal dalam liga menjadi satu pengajaran berguna kepada mereka dengan mendoakan pasukan kesayangan itu terus kekal.

Sementara itu, 18 peratus mahu Pahang FC tersingkir ke Liga Premier manakala 19 peratus lagi tidak mahu ambik tahu atau tidak kisah dengan apa-apa yang berlaku.

Berikut adalah keputusan penuh undian tersebut.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

One thought on “Peminat mahu kekal di Liga Super

  1. Harap Pahang kekal.. sayang Pahang pasukan kuat dua musim lepas jadi belasahan musim ni.. apalah yang difikirkan orang lain makin maju tapi Pahang ambil langkah mundur ke belakang

Leave a Reply

Top