Anda di sini
Laman Utama > Berita > Muadzam Shah, Temerloh gah juarai kumpulan

Muadzam Shah, Temerloh gah juarai kumpulan

temerloh-faFoto : FB Temerloh FA

Pasukan dari daerah Muadzam Shah dan Temerloh memperolehi kemenangan selesa untuk gah menjuarai kumpulan masing-masing dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang berlangsung di Raub bagi kumpulan A dan Bera bagi kumpulan B semalam.

Muadzam Shah yang membelasah Rompin 7-1 dalam perlawanan kumpulan A petang semalam menduduki tangga teratas dengan memperolehi 13 mata meninggalkan pencabar terdekat Raub dengan perbezaan 3 mata setelah pasukan tuan rumah itu hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 dengan Pekan di Padang SMK Chung Ching.

Pekan yang memerlukan kemenangan untuk layak ke separuh akhir terpaksa bepuas hati di tempat ke tiga dengan 8 mata diikuti dengan Lipis (5) manakala kelebihan jaringan Kuantan menolak Rompin berada di tempat tercorot walaupun mereka berkongsi dengan 3 mata.

Kumpulan B yang beraksi di Bera menyaksikan Temerloh berjaya mengatasi juara bertahan musim lepas, Jerantut di tempat pertama apabila berjaya membelasah Cameron Highland dengan keputusan 4-0 manakala Jerantut hanya mampu seri dengan Bentong dalam perlawanan yang dijalankan secara serentak.

Keputusan seri 1-1 itu meninggalkan Bentong berada di tangga ketiga dengan 8 mata dan kemenangan Bera ke atas Maran dengan keputusan 2-0 melonjakkan pasukan tuan rumah ke tangga keempat dalam perlawanan yang berlangsung pada belah malam.

Cameron Highland berada di kedudukan ke 5 dengan 4 mata tetapi tidak mampu mengatasi perbezaan jaringan Bentong walaupun mereka memperolehi mata yang sama dan Maran berada di kedudukan tercorot walaupun bermula garang pada perlawanan pertama setelah memperolehi kemenangan 3-0 ke atas Bentong dengan mengutip hanya mampu 3 mata.

Untuk peringkat separuh akhir bakal menemukan finalist tahun lalu iaitu Muadzam Shah dan Jerantut apabila masing-masing selaku Juara Kumpulan A dan Naib Juara Kumpulan B manakala satu lagi menemukan Juara Kumpulan B, Temerloh menentang Naib Juara Kumpulan B yang juga pemenang tempat ketiga tahun lepas iaitu Raub.

muadzam-faFoto : FB PB Wilayah Pahang Tenggara

Peringkat separuh akhir akan berlangsung di daerah masing-masing jam 4-15 petang secara timbal balik dengan pasukan Naib Juara akan menjadi tuan rumah dahulu pada 9 Oktober 2016 dan kemudiannya pada 12 Oktober pasukan Juara akan melayan kunjungan pasukan Naib Juara.

Perlawanan Akhir akan dijadualkan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada 16 Oktober 2016 dengan sepak mula dijangka pada jam 9.00 mlm.

Keputusan penuh 

Kumpulan A

30 September 2016

Kuantan 0-2 Muadzam Shah
Pekan 2-0 Rompin
Raub 2-1 Kuala Lipis

1 Oktober 2016

Muadzam Shah 1-0 Pekan
Raub 1-0 Kuantan
Kuala Lipis 2-0 Rompin

3 Oktober 2016

Rompin 2-1 Kuantan
Kuala Lipis 1-1 Pekan
Raub 0-1 Muadzam Shah

5 Oktober 2016

Muadzam Shah 1-1 Kuala Lipis
Kuantan 1-2 Pekan
Rompin 0-2 Raub

6 Oktober 2016

Rompin 1-7  Muadzam Shah
Kuantan 2-1 Kuala Lipis
Pekan 1-1 Raub

Kumpulan B

30 September 2016

Temerloh 2-1 Jerantut
Maran 3-0 Bentong
Bera 2-2 Cameron Highlands

1 Oktober 2016

Jerantut 3-0 Maran
Cameron Highlands 0-2 Bentong
Bera 1-2 Temerloh

3 Oktober 2016

Bentong 1-1 Temerloh
Cameron Highlands 3-2 Maran
Bera 1-3 Jerantut

5 Oktober 2016

Jerantut 3-0 Cameron Highlands
Temerloh 2-0 Maran
Bentong 3-1 Bera

6 Oktober 2016

Bentong 1-1 Jerantut
Temerloh 4-0 Cameron Highlands
Maran 2-0 Bera

Separuh Akhir

9 Oktober 2016

Raub vs Temerloh
Jerantut vs Muadzam Shah

12 Oktober 2016

Temerloh vs Raub
Muadzam Shah vs Jerantut

Akhir : 15 Oktober 2016
Stadium MP Temerloh

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top