Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Bakary antara pilihan POTM September

Bakary antara pilihan POTM September

pom9pl

Buat pertama kali, seorang pemain dari pasukan Kuantan FA telah menjadi antara 5 calon pemain terbaik bagi bulan Setember Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my yang dikelolakan oleh Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my) dan 139associates sebagai rakan penaja utama .

Penyerang Kuantan FA dari Ivory Coast, Dao Bakary terpilih atas kecemerlangan meledakkan 3 gol dalam 2 perlawanan 100plus Liga Premier untuk Kuantan FA yang dijalankan sepanjang bulan September.

wp-1469500414771.jpg

Satu gol semasa menentang bekas kelabnya UiTM FC di Kuantan dan dua gol termasuk gol kemenangan semasa menewaskan Sabah 3-2 di Stadium Likas sudah cukup untuk panel pemilih memilih beliau sebagai antara 5 calon terbaik bagi bulan September.

Beliau yang kini antara 5 penjaring terbanyak 100plus Liga Premier dengan 13 gol antara watak penting pasukan musim ini dan berjaya membantu Kuantan FA untuk kekal dalam Liga Premier untuk musim 2017.

Undian boleh dilakukan sekarang di laman web PFAM atau klik sahaja disini.

03-dao-bakary

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top