Anda di sini
Laman Utama > Berita > Matthew Davies antara calon pemain terbaik bulan September

Matthew Davies antara calon pemain terbaik bulan September

logo

Ketua Pasukan Pahang FC, Mathew Davies dipilih di antara 5 calon pemain bagi Anugerah  Pemain Terbaik Bulanan Liga Super PFAM-asiana.my edisi bagi edisi September 2016 seperti diumumkan oleh Persatuan itu sebentar tadi.

Merupakan antara watak penting bagi Pahang FC dalam usaha mengekalkan pasukannya dalam kancah Liga Super pada tahun depan apabila menjaringkan gol kemenangan semasa Pahang FC menewaskan Pulau Pinang di Stadium Darulmakmur pada 24 September lepas.

Gol tunggal jaringannya menyebabkan Pahang FC terkeluar dari kelompok zon penyingkiran sekaligus menolak Pulau Pinang ke zon tersebut bersama-sama Terengganu.

Undian boleh dilakukan di laman web PFAM atau klik di sini.

Untuk rekod, belum ada pemain Pahang FC yang memenangi pemain terbaik yang dijalankan secara undian oleh PFAM ini yang telah mula diadakaan sejak tahun 2015.

01-matthew-davies

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top