Anda di sini
Laman Utama > Berita > 12 pasukan beradu rebut Piala KDYMM Sultan Pahang 2016

12 pasukan beradu rebut Piala KDYMM Sultan Pahang 2016

sultan-cup-2016-banner-01

Sebanyak 12 pasukan yang mewakili daerah-daerah di Pahang akan beradu tenaga bermula 30 September ini sehingga 15 Oktober bagi merebut Kejuaraan dalam Kejohanan Bolasepak Piala KDYMM Sultan Pahang 2016 yang bakal dilangsungkan di tiga daerah.

Dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan Kumpulan A bertanding di daerah Raub yang disertai oleh Muadzam Shah, Rompin, Lipis, Pekan, Kuantan dan pasukan tuan rumah itu sendiri.

 

14484635_1557334054291985_1228236969544679153_n

Manakala bagi Kumpulan B dianggotai oleh daerah Jerantut, Bentong, Cameron Highland, Maran, Temerloh dan juga pasukan tuan rumah daerah Bera.

poster-bera

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan bertemu di separuh akhir secara timbal balik di daerah masing-masing dan perlawanan akhir bakal diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada 15 Oktober 2016.

Untuk rekod, Jerantut adalah Juara bertahan apabila menewaskan Muadzam Shah dalam penentuan sepakan penalti 3-2 setelah kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan sehingga tamat perlawanan.

Jadual perlawanan

Kumpulan A

30 September 2016

4.30 ptg : Kuantan vs Muadzam Shah (Padang MD Raub)
4.30 ptg : Pekan vs Rompin (Padang SK Mahmud)
4.30 ptg : Raub vs Kuala Lipis (Padang SMK Chung Ching)

1 Oktober 2016

4.30 ptg : Muadzam Shah vs Pekan (Padang MD Raub)
4.30 ptg : Raub vs Kuantan (Padang SK Mahmud)
4.30 ptg : Kuala Lipis VS Rompin (Padang SMK Chung Ching)

3 Oktober 2016

4.30 ptg : Rompin vs Kuantan (Padang MD Raub)
4.30 ptg : Kuala Lipis vs Pekan (Padang SK Mahmud)
4.30 ptg : Raub vs Muadzam Shah (Padang SMK Chung Ching)

5 Oktober 2016

4.30 ptg : Muadzam Shah vs Kuala Lipis (Padang MD Raub)
4.30 ptg : Kuantan vs Pekan (Padang SK Mahmud)
4.30 ptg : Rompin vs Raub (Padang SMK Chung Ching)

6 Oktober 2016

4.30 ptg : Rompin vs Muadzam Shah (Padang MD Raub)
4.30 ptg : Kuantan vs Kuala Lipis (Padang SK Mahmud)
4.30 ptg : Pekan vs Raub (Padang SMK Chung Ching)

Kumpulan B

30 September 2016

4.30 ptg : Temerloh vs Jerantut (Padang 1)
4.30 ptg : Maran vs Bentong (Padang 2)
8.45 mlm : Bera vs Cameron Highlands (Padang MD Bera 1)

1 Oktober 2016

4.30 ptg : Jerantut vs Maran (Padang 1)
4.30 ptg : Cameron Highlands vs Bentong (Padang 3)
8.45 mlm : Bera vs  Temerloh (Padang MD Bera 1)

3 Oktober 2016

4.30 ptg : Bentong vs Temerloh (Padang 3)
4.30 ptg : Cameron Highlands vs Maran (Padang 2)
8.45 mlm : Bera vs  Jerantut (Padang MD Bera 1)

5 Oktober 2016

4.30 ptg : Jerantut vs Cameron Highlands  (Padang 1)
4.30 ptg : Temerloh vs Maran (Padang 3)
8.45 mlm : Bentong vs Bera (Padang MD Bera 1)

6 Oktober 2016

4.30 ptg : Bentong vs Jerantut (Padang 1)
4.30 ptg :  Temerloh vs Cameron Highlands (Padang 2)
8.45 mlm : Maran vs Bera (Padang MD Bera 1)

Separuh Akhir I : 9 Oktober 2016

Separuh Akhir II : 12 Oktober 2016

Akhir : 15 Oktober 2016
Stadium MP Temerloh

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top