Anda di sini
Laman Utama > Berita > Bank Islam – PBNP jalin kerjasama

Bank Islam – PBNP jalin kerjasama

pfc-bimb

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini melancarkan produk terbaru mereka dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dan Visa iaitu Kad-i Debit yang menawarkan pelbagai manfaat dan grafik khas untuk peminat Pahang Fc pada permukaan kad.

Majlis Pelancaran kad ini tadi diadakan di Silk Ballroom, Hotel Zenith itu dengan dilancarkan bersama oleh Pengarah Urusan Bank Islam, Dato’ Sri Zukri Samat dengan Timbalan Presiden PBNP, Dato’ Sri Muhammad Saffian Haji Ismail juga dihadiri oleh Exco PBNP dan kesemua pemain Pahang FC.

Kerjasama bersama PBNP adalah yang ketiga bagi Bank Islam yang sebelum ini pernah menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA) dan mendapat sambutan hangat di kalangan pelanggan Bank Islam sehingga seramai lebih dari 2.7 juta telah menggunakan kad ini di seluruh negara.

pfc-bimb-4

Selain rekabentuk permukaannya yang unik, dengan memiliki kad ini peminat juga akan menyumbangkan kepada pembangunan pasukan setelah sebahagian daripada yuran tahunan akan disalurkan kepada PBNP selain pemegang dapat menikmati kad itu sebagai kad ATM dan kad Debit dengan fungsi Paywave atau melakukan transaksi pengeluaran tanpa caj tambahan di lebih 70 Petronas di seluruhnegeri.

Dato’ Sri Zukri dalam ucapan menyatakan pelancaran kad ini adalah sebagai salah satu strategi Bank Islam untuk bekerja dengan jenama terkemuka selain untuk menggalakkan pembelian tanpa tunai oleh pelanggannya dengan menggunakan Kad-i Debit Visa Bank Islam Pahang FA.

“Pelancaran Kad i-Debit Visa Bank Islam Pahang FA adalah salah satu strategi untuk bekerja dengan jenama terkemuka untuk menambah nilai kepada pelanggan-pelanggan kami.

Selain itu, ini adalah komitmen Bank Islam dalam mempromosi transaksi tanpa tunai di Malaysia dan penjenamaan bersama kad debit ini adalah salah satu strategi untuk menembusi dan menggalakkan pemegang kad kami untuk mengalami pengalaman sendiri menggunakan Kad i-Debit Visa Bank Islam Pahang FA.”.

pfc-bimb-3

Bagi Dato’ Sri Suffian yang nyata juga gembira dengan kerjasama ini dan yakin PBNP dan juga peminat Pahang FC bakal menikmati pelbagai manfaat sepanjang kerjasama ini berlangsung.

” Ini adalah suatu peluang baik dan kami sangat teruja kerana buat pertama kali PBNP telah menjalinkan kerjasama dengan Bank Islam sebagai rakan jenama kad mereka.

Kami bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Bank Islam sebagai inisiatif rakan jenama  ini dan percaya pelbagai manfaat yang ditawarkan oleh Bank Islam melalui kad ini bakal menjadi nilai tambah kepada PBNP dan juga para penyokong”.

pfc-bimb-2

Serentak dengan pelancaran itu, Bank Islam juga mengumumkan Kempen Berbelanja “Ale Ale Tok Gajah” Kad i-Debit Visa Bank Islam Pahang FA iaitu apabila berbelanja minimum RM50 menggunakan kad tersebut, pelanggan akan secara automatik layak untuk memenangi hadiah berikut :

  • Hadiah Utama x1 = RM2,000
  • Hadiah Ke-2 x2 = RM 1,000 setiap pemenang
  • Hadiah Ke-3 x3 = RM500 setiap pemenang
  • Hadiah saguhati x50 = RM 200 setiap pemenang

Kempen ini bermula hari ini dan akan tamat pada 31 Disember 2016.

pfc-bimb-5

Kad i-Debit Visa Bank Islam Pahang FA boleh didapati di semua cawangan Bank Islam di Pahang dan juga cawangan Bank Islam terpilih di Lembah Klang.

Maklumat lanjut boleh ke cawangan terdekat atau layari laman web Bank Islam atau di Facebook Bank Islam.

Gambar :  FB Pahang FC

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top