Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW] MSL 2016: Pahang vs Pulau Pinang

[PREVIEW] MSL 2016: Pahang vs Pulau Pinang

TIDAK BOLEH KALAH! Itu adalah ungkapan yang amat signifikan bagi mengambarkan situasi ketika ini menjelang sepak mula perlawanan melibatkan dua pasukan yang sedang bersaing untuk keluar dari zon penyingkiran Liga Super.

Meskipun hanya dua mata yang membezakan kedudukan buat kedua-dua pasukan ini, skuad Tok Gajah dilihat masih berpeluang untuk kekal di dalam saingan Liga Super musim hadapan dengan syarat mereka perlu mengutip mata maksima pada perlawanan ini nanti.

Namun begitu, melihat kepada rekod pertemuan Liga Super melibatkan pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur musim ini jelas tidak memihak kepada skuad tuan rumah apabila hanya mampu mencatatkan 2 kemenangan dan merekodkan 6 kali kekalahan dari 10 perlawanan di tempat sendiri, iaitu turut merupakan pasukan yang paling banyak mengalami kekalahan di gelanggang sendiri berbanding 11 pasukan lain di Liga Super.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di Stadium Darul Makmur adalah pada November 2015 (Piala Malaysia) di mana kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Manakala pada musim ini, Pahang dibelasah 4-1 di Stadium Bandaraya pada perlawanan pusingan pertama liga sambil “didendangkan” dengan jaringan gol yang memukau ciptaan Faiz Subri.

Rekod di gelanggang lawan

Melihat kepada peluang skuad The Panthers pula, mereka hanya merekodkan 2 kemenangan selepas 10 aksi permainan di gelanggang lawan. Melihat kepada senario ini, bukanlah menjadi satu perkara yang mustahil untuk skuad pelawat ini untuk melakar kejutan di Kuantan nanti seperti yang pernah dibuktikan pada perlawanan menentang T-Team di Kuala Terengganu dan di Kuching ketika bertemu Sarawak.

Namun begitu, reputasi skuad Pulau Pinang sedikit tercalar apabila dibenam dengan margin jaringan yang besar pada aksi terakhir ketika bertemu Perak di gelanggang lawan sekaligus boleh dijadikan pemangkin buat skuad Tok Gajah untuk membenam cabaran Pulau Pinang nanti.

Momentum kemenangan

Walaubagaimanapun, aksi yang tidak konsisten yang dipamerkan sepanjang perlawanan (kesemua pertandingan) agak meresahkan para penyokong setianya. Buktinya, selepas mengharungi 28 perlawanan, Pahang hanya berjaya mencatatkan 2 kemenangan berturut-turut ketika bertemu Perak di Ipoh dan Kelantan di Kuantan.

Selebihnya, momentum kemenangan gagal dicapai apabila hanya sekadar mencatatkan keputusan seri dan kalah selepas berjaya mencipta kemenangan dalam mana-mana aksi kejuaraan yang dipertandingkan.

Statistik ini mengambarkan peluang Pahang untuk mencipta kemenangan berturut-turut mungkin agak sukar dicapai, namun kejutan yang berjaya dilakar di Shah Alam baru-baru ini diharap menjadi tonik baru buat anak-anak buah Razip Ismail dalam memburu 3 mata berharga Sabtu ini.

Peluang masih ada buat kedua-dua pasukan. Battle of relegation musim ini agak sengit berbanding musim lalu dan dijangka penentuan penyingkiran hanya akan ditentukan pada perlawanan terakhir nanti.

Selamat berjuang buat skuad Tok Gajah!

Barisan kemungkinan :

lineup111474428219410.png

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

One thought on “[PREVIEW] MSL 2016: Pahang vs Pulau Pinang

Leave a Reply

Top