Anda di sini
Laman Utama > Berita > Laluan getir Pahang B21 di suku akhir

Laluan getir Pahang B21 di suku akhir

President Cover

Skuad Piala Presiden bakal menghadapi tugas sukar di peringkat suku akhir apabila Juara kumpulan A, Kelantan B21 menjadi lawan mereka setelah sekadar meraih kedudukan keempat setelah tewas kepada Perak B21 yang juga pendahulu kumpulan di Ipoh petang semalam.

Walaupun berjaya mengikat pasukan tuan rumah dengan keputusan tanpa jaringan pada separuh masa pertama, tetapi anak-anak buah Shahrulnizam Sahat gagal mengekalkan momentum dan terpaksa akur dengan keputusan 0-2 hasil jaringan Muhammad Izzat Mohd Ramlee pada minit ke 48 dan G Ganiesh pada minit ke 58.

Foto : FB TBG
Foto : FB TBG

Skuad ini yang sudah pun layak ke suku akhir dan kosisten berada di tangga ke 3 liga sejak Mei akhirnya terpaksa melepaskan kedudukan itu kepada Selangor B21 yang menang tipis 3-2 dengan Pulau Pinang B12 dalam perlawanan yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia pada hari yang sama

Perlawanan suku akhir akan diadakan secara timbal balik bakal diadakan pada 5 September dan juga  26 September 2016.

Berikut  adalah jadual untuk suku akhir setelah tamat kesemua perlawanan peringkat kumpulan semalam :

(A1) Kelantan lwn Pahang (B4)

(A2) JDT III lwn T-Team (B3)

(A3) Terengganu lwn Selangor (B2)

(A4) Kedah lwn Perak (B1)

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top