Anda di sini
Laman Utama > Berita > 4 sekawan jadi pilihan Bernhardt

4 sekawan jadi pilihan Bernhardt

4 sekawan-01

Empat pemain muda Pahang FC antara 30 pemain yang menjadi pilihan Ketua Jurulatih Skuad Bawah 22 tahun negara, Frank Bernhardt untuk menjalani latihan pusat bermula 25 Ogos ini seperti yang diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di laman web rasminya semalam.

Pemain tersebut ialah Ketua Pasukan Pahang FC Matthew Davies, pertahanan kiri R Dinesh, pemain sayap Mohd Faisal Abdul Halim dan pemain tengah Mohd Norazam Azih.

Ini adalah panggilan kali pertama bagi Norazam Azih setelah baru sahaja sembuh dari kecederaan Anterior cruciate ligament (ACL) yang dihadapinya sejak tahun lepas sehingga terpaksa melupakan saingan Liga Malaysia sehingga bulan April.

Bernhardt pernah memanggil Matthew sebelum ini tetapi terpaksa mengalah menggunakan khidmat pemain kelahiran Australia itu setelah Ketua Jurulatih Kebangsaan, Dato’ Ong Kim Swee mahukan khidmatnya bagi menghadapi beberapa siri persahabatan ketika itu.

Bagi R Dinesh dan Faisal Halim, mereka bukanlah anggota baru skuad ini apabila beberapa kali dipanggil termasuk menyertai Kejohanan Piala Negara di Melaka dan juga sesi latihan di Chiba, Japan pada Jun yang lepas.

Kesemua 30 pemain yang dipanggil dikehendaki melapor diri untuk menghadiri kem latihan pusat bermula 25 Ogos ini (Khamis) di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Ini adalah sebagai persiapan bagi menghadapi perlawanan persahabatan bertemu Bahrain B-22 di Stadium Shah Alam, Selangor pada 30 Ogos dan di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor pada 2 September depan.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top