Anda di sini
Laman Utama > Aktiviti Rhodong > PEKAP rai kotinjen MSS Pahang di Shah Alam

PEKAP rai kotinjen MSS Pahang di Shah Alam

PEKAP rai MSS Pahang

Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang di Perantauan (PEKAP) melalui Biro Belia dan Sukan mereka telah meraikan hampir 80 orang pemain dan guru pengiring dari Kontijen Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP) dalam satu majlis makan malam di Restoran Aini Sup Utara di Seksyen 9 di Shah Alam malam tadi.

PEKAP rai MSS Pahang

PEKAP rai MSS Pahang

Kontijen yang mewakili sukan bolasepak dan tenis itu sedang bertanding di beberapa venue di sekitar Shah Alam dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia yang mana Selangor menjadi tuan rumah pada edisi kali ini dan berlangsung dari 13 Ogos yang lepas dan dijangka berakhir pada pada hari ini.

Menurut Ketua Biro Belia dan Sukan PEKAP, Saudara Mustaffa bin Mat Arof majlis ini diadakan sebagai tanda  penghargaan dan sokongan kepada pasukan negeri tersebut yang membawa nama Pahang dalam kejohanan peringkat kebangsaan tersebut.

“Selaku Pengerusi Belia dan Sukan PEKAP, kami sentiasa berkerjasama untuk membantu dan memberi sokongan agar pasukan negeri terus maju.

“Disamping itu juga majlis ini sebagai mempromosikan PEKAP sebagai sebuah organisasi yang menjaga kebajikan anak-anak Pahang di Ibu Kota.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada PEKAP, AJK Biro Belia dan Sukan PEKAP, individu dan syarikat yang membantu biro menghulurkan sumbangan dan menjayakan jamuan ini.

Pasukan Bolasepak MSS Pahang bermula cemerlang setelah ketiga-tiga pasukannya yang bertanding dalam tiga kategori berbeza telah layak ke peringkat suku akhir  setelah cemerlang dalam peringkat kumpulan.

PEKAP rai MSS Pahang

PEKAP rai MSS Pahang

Namun begitu, hanya pasukan bawah 15 tahun yang mara sehingga ke peringkat separuh akhir menentang Sabah tetapi tewas dengan keputusan 1-0 dan akan menentang Melaka untuk penentuan tempat ke 3/4 manakala pasukan bawah 12 tahun akan menentang Sarawak untuk klasifikasi tempat ke 5/6

Jamuan makan malam itu diakhiri dengan nyanyian lagu Negeri Pahang beramai-ramai.

PEKAP rai MSS Pahang

Foto : Biro Belia dan Sukan PEKAP

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top