Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW] Pahang vs Felda United

[PREVIEW] Pahang vs Felda United

#18 vs Felda Utd Web

5 perlawanan lagi sebelum tirai aksi Liga Super melabuhkan tirainya, jelas makin menghimpit kem Pahang ketika ini. Ditambah pula dengan skuad Tok Gajah yang dilihat akan bertemu laluan yang sukar apabila bakal melayani pasukan yang kini menghuni tangga kedua liga dan sedang mengintai kejuaraan sulung Liga Super musim ini.

Trivia Sebelum Perlawanan:

  • Pahang hanya mencatatkan 2 kemenangan dari 9 perlawanan liga di Stadium Darul Makmur.
  • Berbanding Felda United yang berjaya melakar 5 kemenangan dari 8 perlawanan di tempat lawan.
  • Pahang tewas 3 kali berturut-turut pada saingan liga manakala Felda United sekadar mencatakan keputusan seri pada 2 perlawanan terakhir liga.
  • Musim lalu, Pahang hanya mencatat keputusan seri di Kuantan tetapi berjaya menewaskan skuad The Fighters di tempat lawan.

Prestasi semasa:

  • Ketiga-tiga pemain import Pahang telah menjaringkan gol musim ini selepas fasa jendela perpindahan pemain dan hanya Faysal Shayesteh masih belum merekodkan jaringan.
  • Forkey Doe pula berada dalam appetite yang baik untuk terus melebarkan penguasaan sebagai penjaring terbanyak dalam Liga Super yang ketika ini sudah mengumpul 14 gol.
  • Begitu juga dengan prestasi Zah Rahan yang turut mengumpul 6 gol dalam saingan Liga Super ketika ini meskipun lebih berperanan sebagai attacking midfielder.
  • Felda United berjaya mencipta 11 mata pada 5 aksi terakhir liga dan meletakkan pasukan ini ditangga ketiga terbaik (5 perlawanan) dibelakang Pulau Pinang dan JDT.
  • Manakala Pahang hanya mengutip 4 mata (5 perlawanan terakhir sahaja) dan berada di atas Selangor (4 mata), T Team (3 mata) dan Terengganu (1 mata).
  • Prestasi pemain tempatan skuad Felda United adalah lebih baik apabila 2 pemainnya telah berjaya menjaringkan lebih dari 2 gol berbanding 4 pemain tempatan Pahang yang hanya menjaringkan satu gol sahaja.

Kesimpulan

Misi yang sukar namun tidaklah mustahil untuk skuad tuan rumah melakar kejutan menewaskan pasukan Felda United yang datang ke Kuantan dengan membawa reputasi yang besar. Pahang perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata bagi menghidupkan peluang kekal di Liga Super musim hadapan.

Barisan kemungkinan (Ramalan TGC):

 lineup111471311929694.png

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

One thought on “[PREVIEW] Pahang vs Felda United

  1. Terbaik Admin TGC, analisis yang menarik dan jarang dilakukan pasukan-pasukan lain di Malaysia, terutama ramalan line-up Pahang, langkah yang baik untuk menilai kekuatan dan kelamahan pasukan, walaupun sukar untuk bersaing tapi Pahang dibarisi hampir 90% pemain muda dan baru, dan itu langkah permulaan untuk membina pasukan yang kuat. Harap pasukan Pahang tidak berhenti mencari bakat-bakat muda walau apa pun keputusan yang diperoleh.

Leave a Reply

Top