Anda di sini
Laman Utama > Berita > Piala Belia 2016 – Pahang Gagal Ke Suku Akhir

Piala Belia 2016 – Pahang Gagal Ke Suku Akhir

ezywatermark61.jpg

Pahang B19 terpaksa berputih mata apabila keputusan seri 1-1 mengikat Kedah B19 di Padang Majlis Daerah Pekan belum cukup untuk membantu mereka untuk meraih slot terakhir ke pusingan suku akhir Piala Belia 2016.

Pahang B19 yang beraksi baik dari awal perlawanan telah mendahului Kedah B19 setelah dihadiahkan sepakan penalti seawal minit ke-7 permainan, dan kapten pasukan Mohd Shah Amirul mudah untuk tenang menyempurnakannya penalti tersebut.

Kedah B19 yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan kedudukan mereka selaku pasukan ketiga layak ke pusingan suku akhir terus mengasak pasukan tuan rumah dan cuba bangkit mencari gol penyamaan.

ezywatermark60.jpg

Usaha mereka tidak sia-sia apabila Mohd Nazrul Najmi berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-40 untuk mengikat kedudukan 1-1 mengecewakan kira-kira 100 penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Beberapa insiden ‘panas’ berlaku di separuh masa kedua memaksa pengadil perlawanan, Sukri Abdul Rahman melayangkan 4 kad kuning kepada Pahang dan satu kad kuning kepada Kedah.

Kedua-dua pasukan kemudiannya saling berbalas serangan dengan Pahang B19 lebih terdesak mencari gol namun mereka terus buntu menemui jaringan sehingga pengadil meniupkan wisel menandakan tamat perlawanan.

Walaubagaimanapun, peluang Pahang B19 untuk layak ke suku akhir telah tertutup kerana misi wajib menang mereka setelah berbaki 2 perlawanan sambil mengharapkan Perak dan Pulau Pinang terus tercicir mata tidak kesampaian dengan kini persaingan slot terakhir ke suku akhir Piala Belia menjadi rebutan Perak dan juga Pulau Pinang setelah masing-masing kini berkongsi 28 mata.

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top