Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Tiada masalah untuk saya bermain sebagai penyerang – Ljuba

Tiada masalah untuk saya bermain sebagai penyerang – Ljuba

Pertahanan import Kuantan FA dari Serbia, Ljuba Baranin tidak menggangap pertukaran posisinya oleh Zulhamizan Zakaria dari pertahanan tengah kepada seorang penyerang adalah satu masalah kerana sikap beliau sentiasa bersedia dengan apa sahaja arahan yang diberikan memudahkannya cepat untuk  menyesuaikan diri lapor Mezzo Fauzi.

Beliau diturunkan sebagai penyerang untuk dua perlawanan terakhir iaitu semasa tewas menentang PKNS FC di Kuantan dan juga seri dengan Kuala Lumpur di Selayang nyata gembira kerana berjaya memberi dua bantuan gol kepada pemain penyerang lain walaupun tidak menjaringkan gol.

Dikenali dengan kemampuan melakukan lontaran jauh sehingga ke dalam kotak penalti, kekuatannya menjadi faktor penting beliau boleh menjadi ‘bidan terjun’ untuk sementara dalam menyelesaikan masalah kecederaan penyerang yang dimiliki oleh Kuantan FA.

“Sebenarnya sudah 10 tahun saya tidak bermain di posisi serangan tetapi kerana kecederaan penyerang menyebabkan jurulatih meminta saya bertukar posisi untuk sementara.

Saya rasa saya mampu lakukan kerana saya ada kekuatan dan terbukti dalam dua perlawanan ini saya telah melakukan dua hantaran yang menghasilkan gol cuma perlawanan terakhir yang tidak bernasib baik kerana tidak dapat pulang dengan 3 mata walaupun kemenangan yang sudah dalam genggaman terlepas kerana kesilapan sendiri.

Bagi saya, pertukaran posisi bukan satu masalah kerana sepanjang karier saya dilatih seperti tentera dimana apabila jurulatih mahukan anda jadi penyerang mahupun penjaga gol anda perlu bersedia dan saya tiada masalah tentang itu.

Tetapi ini hanya sementara kerana saya datang ke Malaysia sebagai pertahanan tengah dan saya yakin akan kembali ke posisi itu nanti”.

Pemangku jurulatih Kuantan FA, Syukri Ismail nyata amat berpuas hati dengan sumbangan yang diberikan oleh Ljuba dan memberi penghargaan keranan melakukan peranan itu dengan baik termasuk membantu dalam penghasilan gol kepada pasukan.

“Jika dilihat pada dua perlawanan ini, saya berpuas hati dengan Ljuba kerana beliau tahu apa yang kami pihak kejurulatihan mahukan semasa perlawanan.”

“Dia pun datang ke sini sebagai pertahanan tetapi sangup menerima cabaran bermain di posisi asing baginya dan saya amat gembira dengan komitmen beliau kerana walaupun bermain sebagai penyerang beliau berfungsi dengan baik dan banyak membantu kita.”

Sehingga kini Ljuba telah bermain kesemua minit dalam perlawanan yang disertai oleh Kuantan FA iaitu 17 perlawanan termasuk di 100plus Liga Premier dan Superbest Power Piala FA dengan telah menghasilkan 10 assist dengan 8 daripadanya adalah dari set piece lontaran jauh ke dalam.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top