Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Piala Belia 2016 : Misi Mustahil Pahang Ke Suku Akhir

Piala Belia 2016 : Misi Mustahil Pahang Ke Suku Akhir

Belia2016

Selepas kecundang 0-2 kepada Sarawak pada Selasa, skuad belia Pahang bakal melalui ranjau berliku bagi mengesahkan slot terakhir Kumpulan A untuk ke Suku Akhir.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Kuching itu, skuad kendalian Fahmi Kow gagal mempamerkan aksi sebenar, ditambah pula beraksi dalam hujan lebat. Gol-gol Sarawak dijaringkan oleh Sulaiman Jamali (’29) dan Mohd Nazri Daud (’47).

Pahang kini menduduki tangga ke-6 Kumpulan A dengan 23 mata.

Peluang Ke Suku Akhir

Berbaki 2 perlawanan, 3 slot teratas Kumpulan A bakal berlegar antara Sabah, yang sudah sah ke Suku Akhir, Selangor dan Kedah.

Ini kerana Sabah dan Selangor bakal berentap menentukan Juara Kumpulan A dalam perlawanan selepas ini, manakala Kedah pula bakal mengesahkan slot suku akhir mereka dengan memperoleh 3 mata mudah dalam perlawanan terakhir bertemu Perlis-yang belum pernah mencatatkan sebarang kemenangan musim ini, andai pun Kedah kalah bertemu Pahang di Pekan selepas ini.

2 Perlawanan Terakhir Kumpulan A Piala Belia (Sabah, Selangor, Kedah)

Sabah : vs Selangor (Away), vs Negeri Sembilan (Home)
Selangor : vs Sabah (Home), vs SSMP (Away)
Kedah : vs PAHANG (Away), vs Perlis (Home)
*Perlawanan bakal berlangsung pada 14 dan 21 Ogos.

Mustahil atau Sukar?

Slot terakhir bakal menjadi rebutan antara Pulau Pinang, Perak dan Pahang dengan laluan mudah buat Pulau Pinang, mereka hanya perlukan 1 kemenangan dari 2 perlawanan (vs N.Sembilan-A dan Pahang-H) sambil mengharap Perak dan Pahang gagal mencatat 2 kemenangan berturut-turut.

Tambahan pula, untuk rekod, Pulau Pinang telah mencatat kemenangan menentang kedua-dua pasukan tersebut dalam pusingan pertama. Misi sukar buat Perak dan Pahang kerana wajib menang kedua-dua perlawanan terakhir serta mengharap belas ihsan pasukan lain.

The
Young Bos Gaurus
bakal berharap Pulau Pinang tewas dalam salah satu perlawananan terakhir, manakala Tok Gajah pula berharap Pulau Pinang gagal mencatat sebarang kemenangan dan Perak hanya mampu menang sekali.

Menariknya, Pahang bakal berentap menentang Pulau Pinang di USM dalam perlawanan terakhir mereka, selepas melayan kunjungan Kedah di Pekan yang mana perlawanan terakhir Pahang dan Pulau Pinang ini juga menjadi penentu laluan Perak ke Suku Akhir.

Rumusannya, slot terakhir ke suku akhir Kumpulan A Piala Belia mudah buat Pulau Pinang, sukar buat Perak, dan mustahil buat Pahang.

Namun begitu, tiada apa yang mustahil dalam bola sepak. Barisan skuad belia Pahang mesti yakin dan fokus bahawa mereka mampu mencatat kemenangan dalam kedua-dua perlawanan terakhir, tanpa terkesan tekanan memikirkan apa berlaku dalam perlawanan melibatkan pasukan lain.

Usaha, doa dan tawakal bakal mengiringi Pahang ke Suku Akhir.

2 Perlawanan Terakhir Kumpulan A Piala Belia (Pahang, Pulau Pinang, Perak)

Pulau Pinang : vs Negeri Sembilan (Away), vs PAHANG (Home)
Perak : vs SSMP B17 (Home), vs Sarawak (Away)
PAHANG : vs Kedah (Home), vs Pulau Pinang (Away)
*Perlawanan bakal berlangsung pada 14 dan 21 Ogos.

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top