Anda di sini
Laman Utama > Berita > Rangkuman Liga Kuantan 2016 : Minggu #1

Rangkuman Liga Kuantan 2016 : Minggu #1

Liga Kuantan 16-01

Berikut adalah rangkuman Liga Kuantan untuk minggu #1 (31 Julai hingga 7 Ogos 2016)

Piala Dato Seri’ SS (Divisyen I)

  1. Piala Sumbangsih pada 31 Julai 2016 menemukan Yayasan Pahang FC menentang Youngster FC di Padang MPK 1B yang dimenangi Yayasan Pahang menerusi sepakan penalti 3-1 setelah perlawanan terikat 1-1. Perlawanan ini dikira mata dalam liga.
  2. Sehingga Ahad , sudah 2 perlawanan Divisyen I sudah berlangsung.
  3. Tiga pasukan mencatat 2 kemenangan dengan mata maksimum iaitu BUJ FC, Style United dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).
  4. BUJ FC mendahului carta liga berikutan perbezaan jaringan yang tinggi setelah membelasah Balok Pine FC 4-0 dan menewaskan SKYBO FC 1-0.
  5. SKYBO FC berada di tangga tercorot setelah tewas di kedua-dua perlawanan iaitu dengan LPKtn (0-4) dan SKYBO FC (0-1).
  6. Keputusan penuh perlawanan dan carta liga :

Result D1 M#1

Carta 1 M#1

Piala Presiden (Divisyen II)

  1. Dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiap kumpulan dianggotai dengan 8 pasukan.
  2. Tiada perlawanan berlangsung pada minggu ini dengan perlawanan pertama ialah pada Khamis, 11 Ogos 2016.

Carta Piala YDP MPK (Divisyen III)

  1. Juga dibahagikan kepada dua kumpulan dengan kumpulan A terdiri dari 10 pasukan dan kumpulan B terdiri daripada 9 pasukan.
  2. Hanya satu perlawanan berlangsung pada minggu ini kecuali di kumpulan B satu pasukan tidak mempunyai perlawanan berikutan kumpulan tersebut mempunyai jumlah anggota yang bernombor ganjil.
  3. Kumpulan A menyaksikan KK Crew mengungguli carta setelah membelasah Bersel FC dengan keputusan 4-1 dengan satu perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri.
  4. Dalam kumpulan B, CMP FC mendahului kedudukan liga walaupun hanya menewaskan KSC FC dengan keputusan 2-0.
  5. Berikut adalah keputusan dan carta liga Divisyen III :

Result D3 M#1

Carta 3A M#1

Carta 3B M#1

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top