Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Skuad Presiden mencongak peluang ke suku akhir

Skuad Presiden mencongak peluang ke suku akhir

Presiden menang

Perjalanan liga Piala Presiden semakin ke penghujung apabila hanya berbaki 2 perlawanan selepas ini bagi semua pasukan kecuali Pahang dan Selangor yang masih lagi mempunyai kelebihan satu perlawanan kerana belum bertemu sesama sendiri.

Bermula pada 3 Mac 2016 untuk perlawanan pertama, Skuad Pahang FC yang dibimbing Shahrulnizam Sahat kini menduduki tangga ke tiga carta liga kumpulan B dengan mengumpul 26 mata dibelakang Perak dan TTeam yang masing-masing mengumpul 32 dan 31 mata dan diekori Selangor dengan 25 mata dan PDRM (22 mata).

26 mata yang dikutip itu adalah hasil daripada 8 kemenangan, 2 seri dan 5 kekalahan.

Carta Presiden B

Bagaimana untuk layak?

Memandangkan format bagi Piala Presiden ialah hanya 4 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati, Pahang hanya memerlukan sekurang-kurangnya 3 mata sahaja lagi untuk layak dengan pencabar terdekat yang tinggal hanyalah pasukan Selangor,  PDRM dan PKNS FC.

Ironinya, bakal lawan Pahang untuk 3 perlawanan terakhir merupakan pasukan yang kuat dan menghuni 4 tangga teratas kumpulan iaitu TTeam ditempat kedua, Selangor (4) dan Perak (1) dengan dua daripadanya bermain di tempat sendiri.

Berikut adalah perlawanan seterusnya bagi skuad Piala Presiden :

Next Game Pahang B21

Rekod untuk perlawanan pusingan pertama tidak berapa baik apabila Pahang tewas dengan TTeam 0-1 di Kuala Terengganu, seri 0-0 dengan Perak di Muadzam Shah dan seri 2-2 menentang Selangor di Shah Alam.

PDRM dan PKNS FC bakal jadi pengacau?

Dengan mengabaikan Selangor yang mempunyai situasi yang sama dengan Pahang, secara matematiknya dua pasukan ini yang bakal menjadi batu penghalang kepada anak-anak buah Shahrulnizam untuk ke suku akhir dengan mata maksimum yang boleh diperolehi kedua-dua pasukan masing masing ialah PDRM (28 mata) dan PKNS FC (27 mata).

26

Yang menariknya, PDRM dan PKNS FC akan bertembung sesama sendiri dalam perlawanan seterusnya pada khamis ini di PULAPOL, Jalan Sultan Yahya Petra dan keputusan perlawanan ini bakal menjadi titik tolak kepada nasib Pahang seterusnya.

2 perlawanan terakhir PDRM :

  • PKNS FC di tempat sendiri
  • Melaka di tempat lawan

2 perlawanan terakhir PKNS FC :

  • PDRM di tempat lawan
  • Sabah di tempat sendiri

Perlu lebih fokus untuk layak.

Melihat kepada situasi ini, peluang Pahang untuk adalah cerah walaupun akan menentang pasukan yang agak kuat untuk 3 perlawanan terakhir dengan perlawanan menentang Selangor mungkin boleh menjadi sasaran kutipan mata.

Para pemain perlu fokus kerana selepas sahaja liga bersambung berikutan berehat panjang kerana Sukan Malaysia di Kuching tempoh hari, mereka sepatutnya boleh layak lebih awal tetapi tewas di tangan PKNS di Muadzam Shah dengan gol pada minit-minit terakhir perlawanan telah merencatkan perjalanan ke peringkat kalah mati.

Pusingan kalah mati

Jadual untuk pusingan suku akhir akan diumumkan kemudian oleh FAM yang mana perlawanan ini akan dijalankan secara timbal balik.

Ini adalah aturan untuk pusingan suku akhir.

  • A1 lwn B4
  • A2 lwn B3
  • A3 lwn B2
  • A4 lwn B1
mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top