Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Penyakit lama kecewakan Seagull

Penyakit lama kecewakan Seagull

KLKTN3

Penyakit lama pasukan Kuantan FA iaitu tidak fokus sehingga perlawanan tamat menjadi duri dalam daging pasukan itu apabila hanya sekadar seri dengan Kuala Lumpur pada perlawanan 100plus Liga Premier yang berlangsung pada Jumaat lepas lapor Mezzo Fauzi dari Stadium MP Selayang.

Kuantan FA sepatutnya boleh memenangi perlawanan ini setelah Mohd Shahrul Aizad mencetuskan kebangkitan apabila menjaringkan dua gol dalam masa 5 minit walaupun telah ketinggalan pada separuh masa pertama.

Beliau nyata berpuas hati dengan komitmen anak-anak buahnya yang bangkit selepas separuh masa kedua bermula walaupun pada 20 minit pertama mereka agak tertekan sehingga pihak lawan dapat menguasai permainan dan mendahului melalui sepakan penalti.

Namun, kegagalan untuk fokus sehingga tamat permainan yang memaksa hanya satu mata sahaja dibawa pulang dan ini seperti ulangan kepada 2 perlawanan terdahulu iaitu semasa tewas menentang Melaka United dan PKNS FC di Kuantan.

“Apa-apa pun saya bersyukur kerana dapat mengutip mata di tempat lawan kerana jika dilihat pada separuh masa pertama, 20minit awal kami bermain agak perlahan mungkin kerana faktor cuaca.

Jadi semasa rehat di bilik persalinan saya memberi kata dua kepada pemain-pemain yang mereka boleh menewaskan Kuala Lumpur jika mahu dan mereka membuktikan mereka mampu dan hasilnya mereka berjaya memperolehi dua gol.

Tetapi yang mengecewakan saya ialah apabila skrip yang sama berulang apabila kami dibolosi pada minit-minit terakhir dan pada saya dalam bolasepak ini kalau kita tidak fokus semasa perlawanan kita akan dihukum”.

Jaringan 8 minit sebelum masa tamat oleh Diego Alfredo Inostroza hasil salah faham antara pertahanan dan penjaga gol Kuantan FA telah meranapkan harapan pasukan itu untuk membawa 3 mata apabila hanya seri 2-2 sehingga tamat perlawanan.

The Seagull kini di kedudukan ke 8 liga dengan mengumpul 20 mata dan perlawanan seterusnya adalah menentang DRB-Hicom pada 15 Ogos di tempat lawan.

Foto : FB Kuantan FA

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top