Anda di sini
Laman Utama > Berita > Piala Belia 2016 : Perak Ikat Pahang

Piala Belia 2016 : Perak Ikat Pahang

Pahang gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri dalam aksi Piala Belia petang tadi, apabila diikat Perak 1-1.

Kedua-dua pasukan yang masih mengejar mengisi slot 4 pasukan ke pusingan kalah mati, menunjukkan kualiti perlawanan cemerlang apabila berbalas melancarkan serangan mencari gol.

Pada separuh masa pertama, Perak tampak bermain lebih baik melalui hantaran pendek yang berjaya mencipta beberapa peluang. Jentera serangan Pahang pula sesekali melakukan percubaan namun masih buntu menemui jaringan pada separuh masa pertama.

Perak hanya memerlukan 8 minit selepas rehat, apabila memecahkan kebuntuan hasil jaringan Khairul Syafiq. Aksi berbalas serangan berterusan, dan kedua-dua penjaga gol beraksi cemerlang menangkis segala percubaan. 2 pemain skuad Liga Super Pahang, penjaga gol Daniel Wafiuddin dan midfield Malaysia B22 Mohd Shah Amirul ternyata sedikit sebanyak memantapkan lagi skuad kendalian Fahmi Kow.

Serangan berterusan Pahang membuahkan hasil, apabila ayam tambatan mereka, Muhd Nur Izzat berjaya memperdaya penjaga gol Perak, Mohd Nasrullah melalui satu lob cantik.

Muhd Nur Izzat hampir menambah gol namun percubaan dalam kotak penaltinya cemerlang diselamatkan Nasrullah. Kedua-dua pasukan terus mempamerkan aksi serangan bertali arus, namun masih gagal menemui jaringan.

Di penghujung permainan, Perak beraksi 10 pemain, apabila Mohd Shaafaiq dilayangkan kad kuning kedua selepas membantah keputusan pengadil yang tidak menganugerahkan sepakan penalti kepada Perak.

Keputusan seri ini menyaksikan Pahang masih kekal di tangga kelima, namun masih berpeluang memintas Pulau Pinang yang berjaya mengikat Sabah. Berbaki 3 perlawanan, Sabah, Kedah dan Selangor kini hampir pasti mengisi slot ke pusingan kalah mati Kumpulan B Piala Belia 2016, slot ke-4 kini menjadi rebutan antara Pulau Pinang, Pahang dan Perak.

Keputusan Penuh : Pahang 1-1 Perak
Penjaring Gol : Khairul Syafiq ’53 (Perak), Muhd Nur Izzat ’63 (Pahang)

Barisan Pemain

Pahang : 31 Muhd Daniel Wafiudin (GK), 5 Muhd Amirul Asyraf, 23 Muhd Khaiyum, 20 Mohd Arisazri, 24 Muhd Khaffjji, 10 Mohd Haikal, 11 Zainal Abidin, 12 Mohd Badrul Amin, 32 Mohd Shah Amirul (K), 13 Mohd Nor Amirul, 8 Muhd Nur Izzat

Perak: 1 Mohd Nasrullah (GK), 2 Muhd Yuhazuwan (K), 7 Mohd Shafaiq, 9 Muhd Kahirul Amizan, 11 Ahmad Syahmi, 12 Khairul Syafiq, 19 Ahmad Nazreen, 20 Borhan Abdulla, 21 Mohd Arshad, 23 Alauddin Mubarak, 29 Amirul Hakim

Perlawanan Selepas Ini :

10 Ogos : Sarawak vs PAHANG | 4.15ptg | Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya
14 Ogos : PAHANG vs Kedah | 4.45ptg | Padang Majlis Daerah Pekan
21 Ogos : Pulau Pinang vs PAHANG | 4.45ptg | Stadium USM

Foto : FB piala belia – b19 pahang

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

2 thoughts on “Piala Belia 2016 : Perak Ikat Pahang

Leave a Reply

Top