Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW: MSL 2016] PDRM vs PAHANG

[PREVIEW: MSL 2016] PDRM vs PAHANG

#17 vs PDRM Web

Perlawanan ke 17 Liga Super Malaysia bakal menemukan dua pasukan yang masih bergelut dalam mencari kedudukan yang betul-betul selesa untuk kekal dalam saingan liga utama di Malaysia ini. Berbanding PDRM yang ketika ini menghuni di kedudukan ke 9 liga dengan mengumpul 17 mata, tekanan dilihat kepada Pahang  yang amat memerlukan 3 mata dalam usaha memperbaiki kedudukan seterusnya keluar dari zon penyingkiran.

Trivia Sebelum Perlawanan:

  • Pahang dilihat mengalami masalah dari aspek jaringan gol dan selepas mengharungi  21 perlawanan (all competitions), skuad Tok Gajah telah 9 kali gagal dalam menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol.
  • Pahang hanya menang sekali (3-4 ke atas Perak) berbanding 9 perlawanan di gelanggang lawan.
  • Manakala, PDRM telah berjaya melakar kemenangan sebanyak 4 kali dari 12 perlawanan di gelanggang sendiri.
  • Rekod pertemuan kedua-dua pasukan musim lalu bagi aksi liga memihak kepada Pahang apabila memenangi kedua-dua perlawanan (3-5 dan 1-0).

Prestasi semasa:

  • Pahang hanya menang 2 perlawanan dari 7 perlawanan terakhir dan 2 kemenangan itu dicipta di tempat sendiri.
  • PDRM menang 3 perlawanan dari 7 perlawanan terakhir, dan hanya tumpas sekali (ke atas Felda United) di tempat sendiri dalam 7 aksi terakhir itu.
  • 9 jaringan berjaya dicipta oleh PDRM selepas 7 perlawanan terakhir, dan kesemua gol itu (9 gol) dihasilkan oleh pemain import.
  • Guilherme De Paula menjadi tumpuan apabila telah meledak 5 gol dari 7 perlawanan selepas menyertai pasukan PDRM pada jendela perpindahan pemain.
  • Berbanding penyerang baharu Pahang (Pablo Vranjican) yang hanya meledak 2 gol selepas mengharungi 7 perlawanan selepas jendela perpindahan pemain.

Dari padang latihan:

  • 2 tonggak Pahang yang terlepas aksi perlawanan di Alor Setar baru-baru ini iaitu Helmi Heliza dan Matthew Davies mungkin akan diturunkan pada perlawanan ini.
  • Helmi yang selesai menjalani penggantungan permainan dan Matthew Davies yang dilihat semakin pulih turut menjalani latihan bersama skuad petang semalam.

Keadaan perlawanan:

Peluang buat kedua-dua pasukan untuk mencipta kemenangan mungkin agak terbuka selepas kedua-dua pasukan pasti ingin bangkit apabila tewas pada aksi terakhir baru-baru ini.

Kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan 4 mata dan jarak pemisah untuk pasukan Pahang keluar dari zon relegasi adalah dibezakan dengan 3 mata. Jadi, masih ada ruang untuk skuad Tok Gajah untuk memperbaiki kedudukan ketika ini dengan syarat, misi 3 mata harus dilaksanakan malam ini. Jika tidak, baki 5 perlawanan selepas ini pasti sukar apabila Pahang perlu bermain 3 perlawanan di tempat lawan berbanding 2 perlawanan di halaman sendiri.

Barisan kemungkinan (Ramalan TGC):

lineup111470624719122.png

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top