Anda di sini
Laman Utama > Berita > Guilherme De Paula tambah derita Pahang

Guilherme De Paula tambah derita Pahang

Pahang kekal di tangga tercorot Liga Super apabila tewas dengan jaringan tunggal oleh Guilherme De Paula pada perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.
Ketua pasukan Pahang FC Matthew Davies kembali dari kecederaan dan Razip merehatkan Dinesh dengan membariskan kembali pemain muda Helmi Husaini di posisi bek kiri sambil Nasril sekali lagi dikekalkan.

PDRM melakukan sepak mula separuh masa pertama dengan mengatur serangan yang diketuai gandingan penyerang Safuwan Baharudin dan Guilherme De Paula.

Namun begitu, menjelang minit ke 20 permainan, Pahang FC pula banyak menguasai perlawanan dengan memperoleh 2 peluang terbaik untuk memecah kebuntuan melalui Pablo Vranjican pada minit ke 25 yang diselamatkan oleh Haziq Nadzli dan juga pada minit ke 28 apabila Jailton De Santos lambat menyempurnakan hantaran lintang dari sebelah kanan pintu gol PDRM.

Separuh masa kedua permainan menyaksikan pasukan tuan rumah kerap melancarkan serangan dan pada minit ke 46 dengan Guilherme De Paula hampir meletakkan PDRM dihadapan, namun sepakannya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Pahang, Nasril Nourdin.

Minit ke 71 memisahkan kedua-dua pasukan apabila penjaring utama skuad tuan rumah, Guilherme De Paula berjaya melepasi kawalan pertahanan Pahang FC dan merembat kencang dari luar kotak penalti menewaskan Nasril Nourdin.

Tersentak dengan gol pasukan lawan, Pahang melakukan beberapa pertukaran dengan membawa masuk Fauzi Roslan dan Faizal Abd Rani untuk menambah kekuatan jentera serangan. Namun begitu, serangan demi serangan yang dilancarkan gagal menemui jaringan dan gol tunggal perlawanan oleh De Paula meletakkan PDRM mengutip 3 mata penuh di Stadium Hang Jebat.

Pahang FC : Nasril Nourdin (PG), Jailton de Campos, Saifulnizam Miswan, Matthew Davies (K), Mohd Faisal Rosli, Faysal Shayesteh, Claudio Meneses, Salamon Raj (Rizua Shafiqi), Nor Azam Azih (Fauzi Roslan) ,Pablo Vranjican (Faizal Rani), Hilmi Husaini.

PDRM : Haziq Nadzli (GK), Azrul Azman, Fauzi Majid, Khairul Izuan (Abdul Latiff), Andre Francisco, Amir Saiful, Konate Souleymane, Safuwan Baharudin (K), Eskandar Ismail, Guilherme De Paula (Hazsyafiq Hamzah), Fakhrul Aiman (Lot Abu Hassan).

Lain-lain keputusan:

Perak 0-1 JDT

Felda United 2-2 Terengganu

Sarawak 0-2 Pulau Pinang

Kedah 1-0 Selangor

Kelantan 2-0 T-Team

Foto : FB Pahang FC

 

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top