Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Kuantan FA gagal manfaat peluang

Kuantan FA gagal manfaat peluang

Kuantan FA gagal manfaat peluang untuk membawa pulang tiga mata penuh setelah hanya sekadar mampu seri dengan Kuala Lumpur dalam aksi 100plus Liga Premier di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebentar tadi.

Sekali lagi Ljuba di pertaruhkan oleh Zulhamizan sebagai penyerang utama dengan dibantu oleh Malik dan Bakary dengan pemain import dari Korea Sim Woon kembali dari kecederaan manakala Amer Aziz yang bermain baik semasa menentang Melaka United diberi tugas di bek kanan menggantikan Kamal Rodiajat.

KLKTN

Perlawanan seimbang dimainkan oleh kedua-dua pasukan dengan tetapi Kuala Lumpur terlebih dahulu mendapat gol setelah memperolehi sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh pemain importnya Diego Alfredo menewaskan penjaga gol Kuantan FA, Khairul Nidzam.

Pertukaran taktikal dilakukan oleh Kuantan FA apabila mengeluarkan Shazlee Ramlee dan memasukkan Shahrul Aizad dan hasilnya mereka mendapat gol penyamaan melalui pemain gantian itu yang menyambung tandukan Dao Bakari setelah menerima hantaran sudut Srdjan Vidakovic.

10 minit kemudian Shahrul Aizad sekali lagi menjaringkan gol keduanya setelah menyambut hantaran lintang Ljubo Baranin yang terkena palang sebelum masuk menerjah gawang dengan Norhadi Ubaidillah sudah tertewas.

Kesilapan pada minit terakhir sekali lagi menjadi masalah bagi Kuantan FA apabila satu salah faham antara pertahanan Kuantan dan Khairul Nidzam dihukum Diego untuk merembat bola ke dalam gawang Kuantan FA.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan, Suhaimi Mat Hassan dengan kedua-dua pasukan berkongsi mata membolehkan Kuantan FA kekal di kedudukan ke lapan liga.

Kuantan FA : Khairul Nidzam Mohd Noor (PG), Isskandar Zulkarnaen, Muhammad Ilham, Norfahmie Hadzrin, Amer Aziz, Srdjan Vidakovic, Shazalee Ramlee (Mohd Shahrul Aizad), Muhammad Hafizi, Dao Bakary (Mohd Syafiq), Abdul Malik Mat Ariff (K) (Muhammad Rafizi), Ljubo Baranin.

Kuala Lumpur: Norhaidi Ubaidillah (PG), Helmi Remeli (K), Muhamad Nazri Ahmad (Muhammad Hardee) (Ahmad Azlan Zainal), Muhammad Irfan, Muhammad Hafiz, Leornardo Moreira, Isma Alif , Konte Modibo, Na’im Nazmi (Abdul Halim), Jonathan Zorrilla, Diego Alfredo.

Pengadil : Suhaimi Mat Hassan

Keputusan lain :

Perlis 1-0 DRB Hicom FC
UiTM FC 2-3 Melaka United
Sabah 1-0 ATM
N.Sembilan 1-1 Sime Darby FC
JDT II 1-0 PKNS FC

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top