Anda di sini
Laman Utama > Berita > Jaringan tunggal Smeltz musnahkan Pahang FC

Jaringan tunggal Smeltz musnahkan Pahang FC

KDHPFC1

Jaringan tunggal pemain penyerang import Kedah, Smeltz Shane Edward meranapkan impian Pahang FC untuk mencatat sekurang-kurangnya keputusan seri bagi membaiki kedudukan liga apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman semalam.

Kecederaan ketua pasukan Pahang FC, Matthew Davies menyebabkan Razip Ismail membuat pertukaran taktikal dengan menggantikannya dengan Rizua Syafiqi sementara kesemua barisan pemain yang menang dengan Selangor dikekalkan kecuali penjaga gol Helmi Eliza tidak dapat diturunkan gara-gara menerima kad merah tempoh hari.

Sebaik sahaja wisel permainan ditiupkan oleh pengadil Mohd Amirul Izwan Yaacob, Kedah terus mengasak kubu Pahang FC dengan dan usahakan itu berhasil apabila Izwan menghadiahkan pasukan tuan rumah sepakan penalti setelah Mohd Farhan Roslan dijatuhkan di  dalam kotak penalti oleh Rizua Syafiqi.

Smeltz, penyerang Kedah yang juga pemain kebangsaan New Zeland itu tidak mensia-siakan peluang dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut menewaskan penjaga gol Pahang FC, Nasril Nourdin dan keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Pahang FC yang menyedari kekalahan bukanlah satu keputusan yang harus diterima menggandakan asakan melalui rangkaian penyerang diketuai oleh penyerang Argentina Pablo Vranjican namun gagal merobek benteng Kedah yang diketuai oleh Khairul Helmi.

Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan dengan Pahang terus berada di tangga tercorot liga manakala Kedah mengukuhkan kedudukan di tangga keempat dengan 22 mata.

Kedah : Muhammad Ifwat Akmal (GK), Seungwhan Bang, Khairul Helmi (K) Mohd Rizal Ghazali, Mohd Farhan Roslan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Syafiq Ahmad, Mohd Syazwan Zainon, Mohd Hanif Mat Dzahir, Mohd Ariff Farhan, Smeltz Shane Edward.

Pahang FC : Nasril Nourdin (PG), Jailton de Campos, Saifulnizam Miswan (K), Rizua Syafiqi, R Dinesh, Mohd Faisal Rosli (D. Saarvindran), Faysal Shayesteh, Claudio Meneses, Salamon Raj (Fauzi Roslan), R Kogileswaran (Nor Azam Azih), Pablo Vranjican

Pengadil : Mohd Amirul Izwan Yaacob

Keputusan lain:

Kelantan 1-1 Felda United
Pulau Pinang 1-1 JDT I
PDRM 0-1 Perak TBG
Sarawak 2-1 Terengganu
TTeam 1-0 Selangor

Foto : FB Pahang FC

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top