Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Hukuman Zulhamizan kekal

Hukuman Zulhamizan kekal

Zulhamizan WM

Kuantan FA menerima tamparan apabila terpaksa meneruskan baki saingan 100plus Liga Premier pada musim ini tanpa Ketua Jurulatihnya, Zulhamizan apabila Jawatankuasa Jawatankuasa Rayuan FAM dalam mesyuaratnya pada semalam mengekalkan keputusan penggantungan Zulhamizan sebelum ini.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan di laman sesawang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), rayuan hukuman penggantungan Zulhamizan selama 7 bulan serta denda telah ditolak dan hukuman yang diputuskan pada 30 Mac yang lalu dikekalkan.

Rayuan pegawai pasukan Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria terhadap hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM bertarikh 30 Mac 2016 berhubung kes tindakannya berkelakuan ganas terhadap pegawai perlawanan dan mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah terhadap pengadil perlawanan semasa perlawanan Liga Premier 2016 antara pasukan UiTM FC menentang pasukan Kuantan FA di Stadium UiTM, Shah Alam pada 26 Februari 2016 dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan semasa perlawanan Piala FA 2016 antara pasukan Perak lawan Kuantan FA di Stadium Perak, Ipoh pada 5 Mac 2016.

  • Rayuan Pegawai, Zulhamizan Zakaria terhadap hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM adalah ditolak.
  • Hukuman penggantungan tujuh (7) bulan daripada terlibat dengan sebarang perlawanan pertandingan bola sepak Malaysia dan hukuman denda berjumlah RM3,000.00 adalah dikekalkan.

Sebelum ini, Pengurus Kuantan FA, Datuk Wan Solihin Wan Hassan pada Isnin lalu meluahkan rasa kecewa dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana persatuan itu gagal untuk memberi sebarang kata putus berhubung rayuan penggantungan ketua jurulatih pasukannya itu setelah surat rayuan sudah dihantar beberapa kali.

SS Rayuan Zul

Zulhamizan Zakaria yang juga wira Pahang semasa Piala Malaysia 1992 dilantik sebagai Ketua Jurulatih Kuantan FA pada pertengahan musim lepas menggantikan Amiruddin Hussin dan berjaya menyelamatkan pasukan itu daripada tersingkir dari Liga Perdana.

Sejak digantung oleh FAM, tugas beliau semasa perlawanan dipangku oleh pembantunya Syukri Ismail dan ini amat menyukarkan anak-anak buahnya menerima arahan terus jika berlaku perubahan taktikal.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top