Anda di sini
Laman Utama > Aktiviti Rhodong > Pasukan KESSUMA Pahang mahu pertahankan gelaran

Pasukan KESSUMA Pahang mahu pertahankan gelaran

PERTAHANKAN GELARAN! Itulah menjadi misi utama skuad bolasepak Pahang dalam Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) yang akan membuka tirainya hari ini di Padang Universiti Sains Malaysia (USM), Minden Pulau Pinang.

Berlainan dengan format tahun lepas, tahun ini kejohanan ini dijalankan secara karnival selama dua hari dengan skuad bolasepak KESSUMA Pahang akan memulakan kempen dalam peringkat kumpulan menentang Selangor pada jam 9.05 pagi ini diikuti Negeri Sembilan (11.35 pagi), Kelantan (2.15 ptg) dan Wilayah Persekutuan (4.45 petang).

Menurut jurulatih pasukan, En Muhammad Saifullah Suhaimi, hanya 20 pemain yang dipilih dari 18 buah sekolah agama seluruh Pahang dan mereka telah memulakan latihan pusat selama intensif selama dua minggu lepas di SMA Al Ihsan, Kuantan.

“Seramai 20 orang pemain telah dipilih setelah melakukan sesi pemilihan dengan 18 buah sekolah telah menghantar wakilnya yang berlangsung di SMA Al Ihsan.

Ramai pemain yang berbakat dapat kami kesan dan setelah berbincang di kalangan jurulatih yang terpilih pada kali ini adalah yang terbaik untuk menggalas cabaran di Pulau Pinang.

Tahun ini mungkin agak sukar dengan format baru kejohanan yang bermain selama dua hari sahaja berbanding seminggu pada tahun lepas iaitu peringkat kumpulan pada hari pertama dan pusingan kalah mati pada keesokkan harinya.

Kami hadir ke sini adalah sebagai Juara Bertahan dan sudah tentu kejuaraan itu kami ingin pertahankan agar pingat emas kekal milik Pahang, Insya Allah”.

Untuk rekod dalam edisi tahun lepas yang diadakan di Sekolah Sukan Malaysia Bandar Penawar (SSMBP), skuad bolasepak KESSUMA Pahang merangkul  Emas setelah menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 1-0.

Senarai Pegawai 

  1. En Mazril bin Yahya – Ketua Jurulatih
  2. En Ariff bin Abdullah
  3. En Zakaria bin Mahmood
  4. En Riduan bin Ismail
  5. En Muhammad Saifullah bin Suhaimi

Senarai Pemain

  1. Wan Hamzi bin Kamaruzaman (SMA Al Ihsan)
  2. Muhammad Naqiuddin Hanif Bin Azaruddin (SMA Al Ihsan)
  3. Muhammad Raziq Akmal bin Shahrizai (SMA Al Ihsan)
  4. Muhammad Akmal bin Noridzuan (SMA Al Ihsan)
  5. Muhammad Ariff Iskandar bin Mohd Rosdi (SMA Al Attas)
  6. Muhammad Yuzryshah Bin Othman (SMA Pulau Tawar)
  7. Mohamad Sahrul Shah b Khairuddin Shah (Kulliah pekan)
  8. Muhamad Norzaki b. Sulaiman (SMA Pulau Tawar )
  9. Mohamad Hafiz bin d Dzulkifli (SMA Bukit Ibam)
  10. Muhammad Najmi Bin Rosni (SMA Pulau Tawar )
  11. Mohamad Rafif Taqiuddin bin Abdul Razak (Kulliah Pekan)
  12. Muhammad Hafiz bin Mahadi (SMA Al Khairiah)
  13. Muhammad bin Fathullah (SMA Al Attas)
  14. Muhamad Zulhelmi Arif bin Azman (SMA Al Attas)
  15. Nur Hariz Firdaus bin Nazri (SMA Al Attas)
  16. Abdul Rahman Zaki bin Mohd Jaafar (SMA Pulau Tawar)
  17. Muhammad Jadulhaq bin Sairul Fauzi (SMA Al Ihsan)
  18. Mohammad Nuraliff Bin Mohamad Norisham (SMA Al Khairiah)
  19. Muhammad Izmar bin Amran (SMA Bukit Ibam)
  20. Muhammad bin Borhan (SMA Pelangai )
mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top