Anda di sini
Laman Utama > Berita > Saya sudah terlalu bersedia!

Saya sudah terlalu bersedia!

Miki2

Itu kata-kata pemain sayap Pahang FC, Mohd Faisal Abdul Halim kepada kami ketika bertemu dengannya selepas perlawanan penentuan pingat gangsa Sukan Malaysia (SUKMA) di Stadium UNIMAS, Kota Samarahan sabtu lalu lapor koresponden TGC, Zul Payeen

Dikenali peminat dengan nama Mickey, beliau yang dipilih untuk membantu skuad bawah 23 tahun itu  berharap aksinya semasa di SUKMA boleh menarik perhatian Ketua Jurulatih Pahang FC, Razip Ismail untuk memilihnya kembali mengisi kesebelasan utama setelah disisihkan daripada skuad selama hampir 4 bulan.

“Bagi saya, untuk bermain dalam skuad senior (Pahang FC) tu saya sudah terlalu bersedia cuma peluang belum ada untuk saya.

Saya sudah usaha jadi selebihnya terserah pada coach sama ada untuk memberi peluang saya bermain atau tidak itu adalah hak beliau (untuk memberi saya bermain).

Kalau saya diberi peluang saya akan buat yang terbaik seperti apa yang saya lakukan pada sebelum-sebelum ini iaitu ketika seperti pada awal musim”.

Kecederaan yang beliau alami ketika perlawanan menentang Felda United di Stadium Tun Razak, Bandar Pusat Jengka pada 12 Mac lalu sehingga terpaksa dikeluarkan menyebabkan beliau dikehendaki berehat hampir 2 bulan.

Namun sebaik sahaja pulih dari kecederaan tersebut, beliau dipanggil pula oleh Ketua Jurulatih Projek Sukan SEA, Frank Bernhart bagi menguatkan skuad  tersebut yang akan menghadapi Kejohanan Nation Cup serta latihan di Chiba, Jepun.

” Selepas saya mengalami kecederaan dan pulih selepas itu, saya mendapat call up dari skuad Sukan SEA dan saya berlatih bersama skuad negara dari termasuk beraksi dalam Nation Cup dan latihan pusat di Jepun.

Di antara tempoh itu saya masih belum ada dalam perancangan coach dan itu mungkin beliau ada perancangan yang lebih baik untuk pasukan dan saya terima keputusan itu.

Tetapi, hakikatnya jika saya diturunkan saya lebih bersedia dan bersemangat dengan azam baru untuk membantu Pahang FC untuk kekal dalam Liga Super”.

Miki

Tetap mengikuti perkembangan skuad Pahang FC walaupun lebih banyak berlatih dan mewakili pasukan lain, Mickey sangat kecewa dengan prestasi dan kedudukan pasukannya kerana masih berada di dasar liga dan beliau yakin Pahang FC akan perlahan-lahan bangkit setelah keserasian pemain baru sudah terbentuk kelak.

Semasa mewakili Pahang di SUKMA, Mickey banyak dimasukkan sebagai supersub sebagai salah satu strategi taktikal pasukan dan berjaya mengubah corak permainan Pahang termasuk apabila beliau berjaya menjarigkan gol semasa peringkat suku akhir menentang Selangor.

Pahang gagal membawa pulang pingat setelah tewas 2-4 melalui penentuan sepakan penalti dengan Sabah setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada masa penuh dengan Perak memenangi pingat emas manakala Wilayah Persekutuan memenangi perak.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top