Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Review] Rombakan pemain jerat Gergasi Merah?

[Review] Rombakan pemain jerat Gergasi Merah?

Formasi:

  • Pahang turun dengan formasi yang agak berbeza berbanding perlawanan terdahulu dengan mengarap formasi yang berbeza iaitu 4-1-4-1 bertujuan mengekalkan penguasaan di bahagian tengah.
  • Manakala Selangor masih mengekalkan formasi yang sama iaitu 4-4-2 dengan mempertaruhkan Saiful Ridzuan bergandingan dengan Nazmi Faiz di bahagian tengah.

SmartSelectImage_2016-07-31-23-57-38

 

Game plan:

  • Pahang dilihat ingin memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri dengan lebih menumpu kepada offensive play dan lebih memusatkan serangan dari bahagian tengah.
  • Permainan kombinasi triangle banyak dilihat melalui kombinasi 2 triangle kiri dan kanan (Dinesh-Faisal-Kogileswaran) & (Davies-Salamon-Shayesteh) dalam usaha menembusi back four Selangor.
  • Manakala Claudio ditugaskan sebagai pivot yang lebih bertindak sebagai shielder kepada back four dan berjaya mengimbangi serangan yang dilancarkan melalui Olivi. Peranan Claudio lebih kepada ball winner dan jarang melihat kelibat beliau bersama bola bagi maksud offensive/attacking plan.
  • Selangor pula banyak mengatur serangan melalui forward pass melalui Saiful dan Nazmi yang lebih mencari target man (Patrick Ronaldinho/Hazwan) pada separuh masa pertama.
  • Larian offensive banyak dilihat melalui flank kiri apabila Raimi Mohd Nor lebih banyak membantu Hazwan Bakri manakala Bunyamin dilihat mengekalkan posisi di bahagian pertahanan kanan.
  • Tidak hairanlah apabila sesekali dilihat Selangor mengekalkan sekurang-kurangnya 5 pemain dalam half way line mereka (ketika offensive) sebagai langkah berhati-hati dalam mempertahankan gawang dari dibolosi (break attack).

Gol sulung:

  • Minit ke 31 memisahkan kedua-dua pasukan apabila Matt Davies berjaya menanduk masuk hantaran silang R Dinesh dari sebelah kanan pintu gol lawan.
  • Kombinasi Dinesh-Kogi yang dibentuk sejak dulu mungkin sedikit membantu dalam perlawanan ini (pertama kali diturunkan bersama). Hasilnya, pertukaran hantaran mereka berjaya diterjemahkan kepada hantaran silang dan disempurnakan dengan baik oleh Davies.
  • Persoalannya, apakah peranan yang dimainkan oleh Davies yang dilihat seumpama false 9 striker yang secara tiba-tiba hadir pada waktu yang tepat untuk menyambut hantaran silang itu. Samada dirancang atau secara kebetulan? Jarang sekali melihat seorang pertahanan yang berada dalam kotak penalti lawan semasa dalam situasi open play berbanding ketika situasi set pieces.
  • Keberadaan Davies yang lebih banyak memasuki zon final third banyak diimbangi Salamon agar zon bertahan itu kekal dikuasai tuan rumah.
  • Salamon juga dilihat sekali sekala berperanan sebagai second pivot namun dituntut untuk lebih fokus dalam mengekalkan taktikal disiplin.

Faisal Rosli dan Shafiqi:

  • Penampilan Faisal Rosli dibahagian tengah turut menjadi perhatian penulis apabila dilihat berani melakukan penetration. Cuma link up play beliau bersama Vranjican perlu lebih diperkemaskan untuk tidak hanya bergantung kepada kombinasi Shayesteh-Vranjican sahaja.
  • Namun, prestasi beliau di bahagian tengah selayaknya dipuji tidak seperti ketika pada aksi persahabatan menentang Negeri Sembilan di Paroi bulan lepas (juga sebagai pemain tengah).
  • Rizua Shafiqi pula kali ini diletakkan disebelah pertahanan kiri yang mengantikan Dinesh (dikeluarkan akibat kecederaan). Mujurlah pemain ini berjaya mengalas cabaran yang ditinggalkan dan dilihat lebih matang berbanding aksi terdahulu di bahagian pertahanan kanan.

Sepatutnya lebih jaringan:

  • Pahang sepatutnya menang dengan kelebihan 3 gol, namun kegopohan Shayesteh dan Kogi menidakkan peluang keemasan itu.
  • Walaubagaimanapun, penulis melihat deratan peluang walaupun tidak berjaya disempurnakan, sekurang-kurangnya memperlihatkan build-up attack Pahang semakin berbisa cuma tinggal lagi conversion perlu dipertajamkan.

Kesimpulan:

Corak permainan yang nyata berbeza. Mungkin percaturan dan kemasukan beberapa pemain berjaya menjerat pasukan lawan. Penulis lebih cenderung memilih Claudio Meneses sebagai Man of the Match atas dasar command dan conquer di bahagian middle dan defensive third pasukan. Kematangan permainan yang beliau tampilkan semakin menunjukkan kesan yang positif berbanding aksi pertama beliau di Paroi bulan Jun yang lalu.

Kemenangan yang nyata menyuntik semangat buat pasukan, cuma mampukah Pahang mengekalkan prestasi seperti ini tatkala dihimpit dengan jadual perlawanan yang padat?

3 Ogos, ada jawapannya.

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top