Anda di sini
Laman Utama > Berita > Lambat panas buatkan Pahang kempunan bawa pulang pingat gangsa

Lambat panas buatkan Pahang kempunan bawa pulang pingat gangsa

ezywatermark49.jpg

Sikap pemain yang lambat panas menyebabkan Pahang kempunan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam perlawanan penentuan tempat ketiga keempat di Sukan Malaysia 2016 yang berlangsung di Stadium UNIMAS, Kota Semarahan pada Sabtu lapor Zul Payeen.

Dalam perlawanan itu, pasukan Pahang tewas ditangan Sabah 2-4 dalam penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Ketua Jurulatih mereka, Shahrulnizam Sahat terpaksa memberi kata-kata dua pada waktu rehat permainan setelah mereka tidak mempamerkan aksi biasa mereka sehingga mengakibatkan mereka ketinggalan dengan dua gol pada separuh masa pertama.

“Pada separuh masa pertama, pemain saya tidak bermain seperti biasa mereka bermain kerana mereka banyak hold bola dan delay permainan sehingga membuatkan kecuaian berlaku iaitu bolos sehingga dua gol.

Semasa rehat saya memberitahu  pemain supaya bermain seperti yang biasa mereka lakukan iaitu bermain dengan tempo yang laju dan cepat bertindak semasa melakukan serangan dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan dua gol sehingga mengheret permainan ke penentuan sepakan penalti.”

Namun, bagi Shahrulnizam yang menggalaskan tugas ini berikutan sebahagian besar pemain adalah dari skuad Piala Presiden amat berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya dan menyifatkan pencapaian ke separuh akhir adalah satu pencapaian yang manis setelah 12 tahun gagal melakukannya.

“Pada saya keseluruhan untuk SUKMA kali ini saya amat berpuas hati keran melepasi sasaran kita dengan kesungguhan kesemua pemain dan yang paling penting kami dapat mengakhiri penantian 12 tahun pasukan bolasepak tidak layak sehingga ke tahap ini.

Dari segi pemain pula, saya amat berpuas hati dan ucapkan terima kasih atas komitmen dan semangat mereka dalam kejohanan ini.

Beliau yang akan kembali membawa pasukan bawah 21 tahun Pahang mengharapkan komitmen dan semangat ini akan dibawa untuk  meneruskan baki saingan liga Piala Presiden yang akan bermula bulan ini dengan sasaran awal mereka untuk menjadi 4 pasukan terbaik kumpulan.

Kembali ke saingan Piala Presiden, apa yang kita kita sasarkan adalah untuk ke suku akhir terlebih dahulu iaitu menjadi 4 pasukan terbaik  kumpulan.

Bagi saya itu tidak mustahil kerana kita ada 5 lagi perlawanan dan hanya memeerlukan sekurang-kurangnya 3 kemenangan untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya dan dengan pemain yang ada sekarang ini dan mungkin ada pertambahan 2 atau 3 lagi pemain saya yakin yang kita boleh pergi jauh”.

Pahang B21 yang kini berada di tangga ketiga kumpulan B dengan 23 mata ketinggalan 5 mata dibelakang pendahulu , TTeam B21 dengan perlawanan Pahang B21 seterusnya adalah pada hari Isnin, 15 Ogos 2016 menentang pasukan Selangor B21 di Muadzam Shah, Rompin.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top