Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [Preview: Piala Malaysia 2016] Pahang vs Selangor

[Preview: Piala Malaysia 2016] Pahang vs Selangor

Skuad Tok Gajah bakal melayani kunjungan anak-anak buah Zainal Abidin Hasan di Stadium Darul Makmur malam ini dalam misi menghidupkan peluang mara ke pusingan kalah mati dalam kejuaraan paling berprestij di Malaysia.

Trivia Sebelum Perlawanan:

  • Pahang merupakan satu-satunya pasukan yang masih belum mengutip sebarang mata, bukan sahaja dalam kumpulan B malah di antara 15 pasukan lain yang layak ke saingan Piala Malaysia musim ini.
  • Pahang masih belum menjaringkan sebarang gol dalam saingan Piala Malaysia selepas 2 perlawanan dan merupakan pasukan tunggal yang belum menjaringkan gol berbanding 15 pasukan yang lain.
  • Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Piala Malaysia adalah pada pusingan separuh akhir, Disember 2015 (tewas 2-0).
  • Pahang pernah menewaskan Selangor dengan margin gol yang besar (6-0) pada aksi suku akhir Piala Malaysia 1989 di Stadium Darul Makmur.

Prestasi semasa:

  • Pahang hanya menang satu perlawanan dari 5 perlawanan terakhir dengan purata bolos 1 gol dari 5 perlawanan.
  • Selangor menang 2 perlawanan dari 5 perlawanan terakhir, dan kedua-dua kemenangan itu dicipta di halaman sendiri.
  • 8 jaringan berjaya dicipta oleh Selangor selepas 5 perlawanan terakhir, dan 2 dari 8 gol dihasilkan oleh pemain tempatan.
  • Hanya 3 jaringan dihasilkan pada 5 perlawanan terakhir dan kesemua gol dijaringkan oleh tenaga import Pahang.

Keadaan perlawanan:

Tugas berat menanti tuan rumah yang dilihat berada dalam keadaan tertekan untuk mencipta mata sulung dalam saingan Kumpulan B. Namun kehadiran semula ketua pasukan, Matthew Davies dilihat bakal menyerap asakan pasukan Selangor yang dilihat mempunyai kekuatan dari bahagian flanks.

Perlawanan melibatkan 2 pasukan yang mempunyai karakter yang berbeza di mana Selangor dengan reputasi 8 jaringan pada aksi 5 perlawanan terakhir dilihat mempunyai sedikit kelebihan apabila berhadapan dengan pasukan yang mempunyai purata bolos pada setiap perlawanan (5 perlawanan terakhir).

Walaubagaimanapun, kebergantungan kepada keputusan pada pusingan pertama Liga Super di Kuantan tidak boleh dijadikan panduan 100% dalam menilai peluang skuad Tok Gajah untuk melakar kejutan nanti. Seri adalah fair result, manakala kemenangan adalah bonus buat pasukan sekaligus mencerahkan laluan ke pusingan kalah mati.

Barisan kemungkinan (Ramalan TGC):

IMG-20160730-WA0000

 

 

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top
%d bloggers like this: