Anda di sini
Laman Utama > Berita > [Piala Malaysia] Gol Davies hidupkan peluang Pahang

[Piala Malaysia] Gol Davies hidupkan peluang Pahang

Gol jaringan Matthew Davies pada separuh masa pertama sudah memadai buat skuad Tok Gajah untuk melakar kemenangan sulung seterusnya membuka peluang untuk terus memberi saingan untuk layak ke pusingan kalah mati.

Pahang memulakan separuh masa pertama dengan membuat sedikit rombakan taktikal dan formasi dengan menampilkan buat pertama kali R Dinesh yang bertindak di bahagian pertahanan kiri dan meletakkan Faisal Rosli mengemudi di bahagian tengah pasukan. Vranjican pula lebih bertindak sebagai single striker sambil dibantu oleh Shayesteh di bahagian sayap kanan.

ezywatermark35.jpg

Separuh masa pertama memperlihatkan pasukan tuan rumah banyak menguasai bahagian tengah dan banyak mengatur seragan dibahagian sayap kanan melalui kombinasi permainan Matthew Davies dan Shayesteh. Pahang hampir dihadapan pada minit ke 26 apabila gerakan melalui kombinasi Shayesteh dan Faisal Rosli bijak melorongkan bola kepada Vranjican, namun rembatan beliau berjaya dihadang pertahanan Selangor.

Serangan demi serangan terus dilancarkan selepas itu dan hasilnya skuad Tok Gajah berjaya dihadapan apabila Matthew Davies bijak mencari ruang kosong dan menanduk masuk hantaran cantik oleh R Dinesh dari sebelah kanan pintu gol Selangor yang sama sekali menewaskan Khairul Azhan. Tamat separuh masa pertama, Pahang 1-0 Selangor.

Separuh masa kedua menyaksikan pasukan pelawat membuat pertukaran pemain apabila merehatkan Patrick Ronaldinho dan memasukkan R Gopinanthan. Pertukaran ini turut memperlihatkan sedikit impak apabila pasukan Selangor banyak mengatur serangan terutamanya sekitar minit ke 49 sehingga 53. Walaubagaimanapun, barisan pertahanan yang turut dibantu Claudio Meneses berjaya menyerap asakan bertali arus yang banyak digerakkan oleh Olivi dan S Venood.

Pahang sepatutnya menambah jaringan pada minit ke 69 apabila R Kogileswaran gagal memanfaatkan peluang terhidang dihadapan pintu gol Selangor. Begitu juga pada minit ke 73 apabila Faysal Shayesteh yang berada dalam situasi satu lawan satu ,gagal menewaskan Khairul Azhan Khalid.

Di akhir-akhir babak separuh masa kedua, Selangor masih tidak berputus asa dan banyak mengasak ke kubu Pahang, namun disiplin bertahan pasukan Tok Gajah akhirnya menjamin 3 mata berharga seterusnya menghidupkan peluang untuk bersaing dalam Kumpulan B.

Barisan pemain:

Pahang FC : Helmi Heliza (PG), Jailton de Campos, Saifulnizam Miswan, Matthew Davies (K), Mohd Faisal Rosli, Faysal Shayesteh (Nor Azam Azih), Claudio Meneses, Salamon Raj, R Kogileswaran (Fauzi Roslan) ,Pablo Vranjican, R Dinesh (Rizua Shafiqi).

Selangor : Mohd Khairul Azhan (GK), Patrick Ronaldinho (R. Gopinanthan), Saiful Ridzuwan, Nazmi Faiz (Adam Nor Azlin), Hazwan Bakri (Abd Hadi Yahya), Bunyamin Umar, Razman Roslan (K), Raimi Md Nor, Mauro Olivi, Ugochukwu Ukah, S Veenod.

Keputusan lain:

Melaka 0-1 Felda United

Kedah 0-0JDT II

Sarawak 0-2 T Team

Kelantan 1-0 KL

PKNS 1-2 PDRM

Perak 3-0 JDT

Terengganu 1-2 Negeri Sembilan

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top