Anda di sini
Laman Utama > Berita > Gagal manfaatkan peluang hukum Pahang

Gagal manfaatkan peluang hukum Pahang

9

Tidak mengambil peluang yang terhidang menjadi punca kekalahan yang dikesan pasukan SUKMA Pahang semasa perlawanan separuh akhir menentang Wilayah Persekutuan di Stadium UNIMAS Khamis lalu.

Ketua Jurulatihnya, Shahrulnizam Sahat menegaskan kelemahan itu menyebabkan Pahang gagal ke perlawanan akhir walaupun deretan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati permainan pada petang ini cumanya kita tidak menggunakan ruang dan peluang yang ada sebaik mungkin walaupun pemain-pemain saya bermain dengan semangat yang tinggi dan penuh komitmen.

Tetapi saya tidak merasa kecewa dengan kekalahan ini cumanya seperti saya katakan tadi penyudah agak tumpul menyebabkan kita tak dapat ke perlawanan akhir.

“Persediaan kita macam biasa sebab tiada yang nak difokuskan sangat cuma selepas kekecewaan ini saya kena beritahu pemain yang kita masih ada peluang untuk membawa pulang pingat gangsa.

Apa yang penting saya kena bagi mereka sokongan moral untuk menaikkan semangat merekag agar tidak rasa terlalu kecewa dan mahukan mereka kembali bersemangat untuk membawa pingat gangsa ke bumi Pahang”.

13886282_1755174721432438_5604308556459244507_n

Pahang akan menentang Sabah dalam penentuan tempat ketiga sekaligus merebut pingat gangsa dalam sukan bolasepak berpasukan.

Perlawanan dijadualkan akan diadakan di Stadium Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan bermula jam 4.15 petang sebelum perlawanan akhir yang menemukan Perak dan Wilayah Persekutuan di Stadium Negeri, Kuching pada sebelah malam.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top