Anda di sini
Laman Utama > Berita > Buruan emas Pahang disekat Wilayah Persekutuan

Buruan emas Pahang disekat Wilayah Persekutuan

fb_img_1469783309162.jpg

Perjalanan buruan pingat emas skuad Bolasepak Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang di Sarawak terhenti setelah tewas kepada pasukan Wilayah Persekutuan dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching petang semalam.

Menurunkan barisan yang hampir sama dengan perlawanan suku akhir menentang Selangor, anak-anak buah Shahrulnizam Sahat turun ke padang dengan bersemangat setelah berjaya membaiki pencapaian skuad bolasepak SUKMA sebelum ini dengan layak ke separuh akhir pada edisi kali ini.

fb_img_1469783497970.jpg

Sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel memulakan separuh masa pertama, kedua-dua pasukan rancak berbalas serangan namun tiada sebarang jaringan dihasilkan sehingga tamat babak pertama.

Wilayah Persekutuan akhirnya berjaya memecah kebuntuan setelah Mohamad Syafiq Redzuan berjaya menjaringkan gol pertama Wilayah Persekutuan setelah menanduk hantaran rakan sepasukannya untuk mendahului dengan kedudukan 1-0.

fb_img_1469783509101.jpg

Pahang yang tersentak dengan gol tersebut menggandakan  asakan untuk memburu gol pernyamaan namun kekentalan barisan pertahanan Wilayah persekutuan menafikan sebarang gol dihasilkan.

Pada perlawanan akhir pada Sabtu, Wilayah Persekutuan akan menentang juara bertahan Perak yang menewaskan Sabah 1-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Manakala Pahang akan bertemu Sabah dalam perebutan pingat gangsa juga akan dilangsungkan pada hari Sabtu jam 4.15 petang di Stadium UNIMAS, Kota Samarahan.

13709903_1755176161432294_8743320475448245035_n

Foto : FB SUKMA 2016 Bolasepak

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top