Anda di sini
Laman Utama > Liga Super > [PREVIEW MSL] Pahang vs Perak

[PREVIEW MSL] Pahang vs Perak

#15 vs Perak TBG Web

Oleh: (Oesandro & Mezzo Fauzi)

Pertempuran keluar dari kelompok relegasi.

Ini adalah gambaran tepat buat aksi pada malam ini apabila menemukan 2 pasukan yang masih tercari-cari kunci kosistensi dalam mengharungi baki perlawanan Liga Super yang akan bersambung untuk perlawanan ke 15 malam ini.

Rekod pertemuan:

6 perlawanan Liga Super menemukan kedua-dua pasukan sejak dari tahun 2013 di mana Pahang berjaya melakar 3 kemenangan, 1 kali seri dan 2 kekalahan. Kali terakhir Pahang tewas di Darul Makmur ke atas Perak (1-2) adalah pada 22 Jun 2013 bagi aksi Liga Super.

Prestasi semasa:

4 perlawanan terakhir agak tidak memihak kepada skaud Tok Gajah apabila hanya mencatat satu kemenangan di halaman sendiri dan tewas untuk 2 aksi pada saingan Piala Malaysia dengan gagal menghasilkan sebarang jaringan. Namun, sedikit melegakan apabila berjaya merekodkan “clean sheet” pada 2 aksi terakhir Liga Super setakat ini.

Lain pula cerita bagi skuad The Bos Gaurus apabila menang dalam 2 aksi terakhir sebelum ini apabila mengejutkan finalis Piala FA, PKNS dengan margin jaringan yang selesa dan mencatatkan kemenangan penting di halaman sendiri ke atas Terengganu pada pertemuan baru-baru ini seterusnya melonjak ke tangga kelapan liga ketika ini.

Pemain tumpuan:

Pablo Vranjican sekali lagi diharap menjadi taruhan untuk merobek gawang lawan seperti penampilan pertamanya di Stadium Darul Makmur lalu apabila berjaya meledak 2 gol untuk pasukan. Namun begitu, kekentalan back four pasukan Perak yang diketuai oleh Thiago Junior Aquino mungkin sedikit menyukarkan apabila gandingan beliau bersama Shahrul Saad semakin menampakkan hasil yang positif. Ini turut dibantu dengan kehadiran semula Nazirul Naim di bahagian kiri dan Syazwan Roslan di bahagian pertahanan kanan.

Perak kehilangan tonggak pentingnya Elias Fernandes yang banyak mengerakan serangan dari bahagian sayap dilihat turut mampu menghasilkan gol buat pasukan akibat daripada penggantungan. Namun begitu kalibat  Oybek Kilichev tidak boleh dipandang rendah setelah melihat kepada keserasian yang telah dicapai dengan rakan sepasukan.

Dari luar padang:

19 PFCvsATM“Kami tidak menjangkakan untuk merekodkan ‘clean sheet’ untuk kali ketiga dalam aksi Liga Super, tetapi kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mempertahahankan benteng dan mendapatkan keputusan yang baik malam ini”.

“Barisan pertahanan kami semakin menunjukkan keberhasilan yang baik dan kehadiran Claudio Meneses adalah penting untuk bertindak sebagai benteng atau pelindung kepada back four kami”.

  • Matthew Davies (Ketua Pasukan Pahang).

Tugas berat menanti Pahang malam ini apabila bakal turun tanpa ketua pasukan yang menjalani penggantungan perlawanan selepas mengutip 3 kad kuning pada aksi Liga Super sebelum ini. Tugas ini mungkin akan digalas buat barisan tenaga muda seperti Ridhwan Maidin, R Dinesh mahupun Ashar. Rombakan posisi mungkin alternatif lain yang turut menjadi perancangan seperti meletakkan Saiful Nizam disebelah kanan dan meletakkan Ashar di bahagian pertahanan tengah bersama Jailton Dos Santos.

Barisan kemungkinan: Ramalan (TGC):

wp-1469510041519.png

 

 

 

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top