Anda di sini
Laman Utama > Berita > SUKMA : Pahang jumpa Selangor di Suku Akhir

SUKMA : Pahang jumpa Selangor di Suku Akhir

Sukma bola vs kedah

Skuad Bolasepak Sukan Malaysia Pahang berjaya layak ke suku akhir setelah mengutip dua mata untuk menduduki tangga kedua kumpulan B dan akan bertemu Juara Kumpulan A, Selangor yang akan berlangsung pada hari esok.

Dalam peringkat kumpulan, pasukan bimbingan Shahrunizam Sahat yang dianggotai sebahagian besar pemain dari skuad Piala Presiden Pahang seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama menentang Kedah di Stadium Negeri, Petra Jaya dan juga seri 4-4 dengan Sabah di Stadium, UNIMAS.

Perlawanan suku akhir menentang Selangor akan berlangsung pada 26 Julai 2016 bertempat di Stadium Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan jam 4.15 petang.

Keputusan Kumpulan B

19 Julai : Kedah  0-0  Pahang

21 Julai : Pahang 4-4 Sabah (Mohd Zulhafiz x3, Mohd Shahrul Nizam)

23 Julai : Sabah  1-1  Kedah

Kedudukan Kumpulan B

Kedudukan

 Kontinjen

 Perlawanan

 Menang

 Seri

 Kalah

 Mata

 1

 Sabah

 2

 0

 2

 0

 2

 2

 Pahang

 2

 0

 2

 0

 2

 3

Kedah

 2

 0

 2

 0

 2

Perlawanan Suku Akhir

Selangor vs Pahang

Sabah vs Johor

Wilayah Persekutuan vs Negeri Sembilan

Perak vs Sarawak

*semua perlawanan berlangsung pada 26 Julai 2016 jam 4.15 ptg

Foto : FB SUKMA 2016 Bolasepak

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top