Anda di sini
Laman Utama > Berita > SUKMA 2016 : Bolasepak buka tirai hari ini.

SUKMA 2016 : Bolasepak buka tirai hari ini.

SUKMA 2016

Sukan Malaysia atau lebih dikenali dengan SUKMA sudah memasuki edisi ke 18 pada tahun ini dengan negeri Sarawak telah dipilih sebagai tuan rumah pada kali ini setelah melakukannya pada tahun 1990 untuk edisi ke 3.

Acara bolasepak yang dikenali ramai sebagai ‘ibu segala pingat’ akan membuka tirai hari ini, 4 hari lebih awal daripada upacara pembukaan yang akan dijadulkan berlangsung pada 23 Julai 2016 di Stadium Sarawak di Petrajaya.

10Skuad Bolasepak SUKMA Pahang yang dianggotai sebahagian besar pemain dari skuad Piala Presiden akan dikendalikan oleh Jurulatih pasukan itu sendiri iaitu Shahrunizam Sahat dan telah diundi dalam kumpulan B bersama dua lagi pasukan iaitu Kedah dan Sabah.

Shahrulnizam atau lebih dikenali dengan Sam sebelum ini berhajat untuk membawa 3 pemain skuad Liga Super Pahang FC namun kecederaan 2 lagi pemain menyebabkan beliau hanya dapat menggunakan khidmat seorang sahaja pemain iaitu pemain sayap Mohd Faisal Abdul Halim.

Pahang dijadualkan menentang Kedah di Stadium Negeri, Kuching pada hari ini sebelum menentang Sabah pada 21 Julai 2016 di Stadium UNIMAS di Kota Samarahan dengan kedua-dua perlawanan akan dijalankan pada jam 4:15 petang.

Pada edisi 2014 di Perlis, pingat emas Bolasepak dimenangi oleh Perak yang menewaskan Johor dengan keputusan 3-1 manakala Pahang hanya mampu tamat di peringkat kumpulan.

Perlawanan akhir dan penentuan pingat gangsa dijangka akan diadakan pada 30 Julai di Stadium Negeri Kuching.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top