Anda di sini
Laman Utama > Berita > Aksi longlai di Selayang humban PFC ke tangga tercorot.

Aksi longlai di Selayang humban PFC ke tangga tercorot.

KL vs PFC

Permainan serba tidak kena dipersembahkan oleh anak buah Razip Ismail apabila tewas kepada pasukan dari Liga Premier, Kuala Lumpur dalam perlawanan kumpulan B TM Piala Malaysia di Stadium Selayang sebentar tadi.

Barisan yang hampir sama diturunkan oleh Razip semasa menewaskan Sarawak dalam Liga Super kecuali R Kogileswaren mendapat penampilan barisan utamanya pada malam ini bagi menggantikan Fauzi Roslan yang direhatkan sementara pemain import dari Chile, Claudio Meneses juga tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan.

Seakan penyakit yang berulang, Pahang FC bocor sekali lagi pada awal permainan kali ini pada minit ke 9 setelah Helmi Eliza Elias tertewas dengan sepakan percuma Leornardo Moreira betul di hadapan kotak penalti Pahang FC.

Pahang yang tersentak dengan gol awal itu cuba mengatur gerak namun pemain-pemain Kuala Lumpur ampuh mengekalkan disiplin yang diterapkan oleh Ismail Zakaria untuk menjadikan keputusan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua bersambung dengan Kuala Lumpur terus garang mencari gol untuk terus selesa dihadapan dan mereka sepatutnya menambah gol ketiga pada minit ke 82′ setelah Jonathan berjaya melepaskan diri dari perangkap offside tetapi rembatannya terkena tiang walau Helmi Eliza sudah tertewas.

Sikap tidak berputus asa Kuala Lumpur berbayar apabila hasilnya mereka berjaya memperolehi gol kedua pada minit ke 72′  melalui serangan balas yang mudah dihasilkan oleh Jonathan Zorrilla setelah memperdayakan pertahanan Pahang FC Jailton de Santos.

Pahang FC hampir memperolehi gol saguhati pada minit ke 86′ setelah bola kelihatan seperti sudah melepasi garisan gol tetapi pengadil tidak mengesahkan jaringan Vranjican itu.

Kekalahan ini menyaksikan Pahang FC dihumban ke tangga tercorot liga tanpa sebarang mata dengan satu lagi perlawanan kumpulan B hanya akan berlangsung pada hari Rabu.

Gambar : FB Pahang FC

Kuala Lumpur : Soffuan Tawil (GK), Helmi Rameli (K), Fahrul Razi, Hardee Shamsuri , Leornardo Moreira, Isma Alif, Zaiful Abdul Hakim, Konte Modibo, Muhammad Hafiz Johar, Jonathan, Zorrilla, Diego Alfredo (Ibrahim Syairul).

Pahang FC : Helmi Eliza Elias (PG), Jailton de Campos, Saifulnizam Miswan, Matthew Davies (K), Hilmi Husaini, R Kogileswaren (Fauzi Roslan), Faysal Shayesteh, Mohd Norazam Azih (Helmi Abdullah), Salomon Raj (Rizua Syafiqi), D Saarvindran,  Pablo Vranjican.

Keputusan lain :

Kumpulan A

JDT II 0-0 Sarawak

Kumpulan C

Perak 4-1 PKNS FC
PDRM 1-1 JDT I

Kumpulan D

N.Sembilan 3-2 Melaka United

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top