Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Puas hati tapi banyak perlu diperbaiki – Syukri

Puas hati tapi banyak perlu diperbaiki – Syukri

Syukri Ismail

Pemangku Jurulatih Kuantan FA tetap berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya yang berjaya mendapat 3 mata penuh di tempat lawan semasa perlawanan 100plus Liga Premier menentang Sime Darby FC walaupun mereka telah melepaskan 3 gol dalam perlawanan tersebut.

Syukri Ismail yang mengambil alih peranan jurulatih buat sementara berikutan penggantungan Ketua Jurulatih mereka, akan melakukan post mortem dan cuba membaiki kelemahan yang mereka hadapi sebelum menghadapi lawan seterusnya pada Sabtu depan.

“Alhamdulillah kita mendapat 3 mata dan saya berpuas hati dengan persembahan pemain kerana apa yang kami rancang dan lakukan semasa latihan selama seminggu telah diterjemahkan di dalam padang oleh pemain saya.

Berkenaan dengan bolos yang banyak, saya juga sedar dengan kelemahan ini dan akan berbincang dengan Ketua Jurulatih, Zulhamizan Zakaria untuk membaiki aksi barisan pertahanan yang kelihatan mudah bocor dan hilang fokus walaupun selesa mendahului.

Dalam masa seminggu ini kami akan memastikan pemain dapat lebih fokus dan tidak leka supaya kemenangan dapat terus dicapai”.

Beliau yang ditemui selepas perlawanan juga berpuas hati dengan pemain yang baru didaftarkan dari JDT II iaitu Shazlee Ramlee yang mengemudi posisi tengah dengan baik dalam perlawanan tersebut.

“Sejujurnya saya berpuas hati dengan permainannya kerana beliau mengikut apa yang diarahkan, bagi saya kita ambil dia sebagai pemain Kuantan FA adalah satu pelaburan yang berbaloi”.

Perlawanan seterusnya Kuantan FA adalah di tempat sendiri  menentang ATM yang mendapat tonik semangat selepas berjaya memperolehi kemenangan pertama ke atas DRB-Hicom FC Jumaat lalu di Temerloh.

Foto :  FB Kuantan FA

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top