Anda di sini
Laman Utama > Pahang FA > [PREVIEW Piala Malaysia] Cipta momentum kemenangan?

[PREVIEW Piala Malaysia] Cipta momentum kemenangan?

Selepas berjaya melakar kemenangan ke atas Sarawak pada Sabtu lalu, skuad Tok Gajah perlu mempersiapkan skuad dalam usaha mencipta momentum kemenangan di mana kali terakhir skuad itu berbuat demikian pada aksi perlawanan Liga Super ketika bertemu Perak dan Kelantan pada pusingan pertama yang lalu.

Namun, kancah saingan Piala Malaysia pasti menjanjikan pentas yang berbeza apatah lagi Pahang belum pernah bertemu skuad Ibu Kota dalam mana-mana saingan kompetitif musim ini. Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada saingan Liga Super 2011 di mana Pahang tewas 0-2 ke atas skuad Ibu Kota ini. Manakala bagi saingan Piala Malaysia pula, kali terakhir mereka bertemu adalah pada musim 2010 di mana kedua-dua pasukan turut di undi dalam kumpulan B.

Pertemuan yang disifatkan misteri buat kedua-dua pasukan ini dianggap menarik di mana kedua-dua pasukan perlu merangka strategi yang terbaik dalam usaha mencipta mata sulung dalam Kumpulan B ini.

Untuk rekod, skuad Tok Gajah dan Kuala Lumpur masing-masing tewas pada aksi pembuka tirai dan pasti tidak mahu terus keciciran mata yang akan menyulitkan laluan ke peringkat suku akhir nanti. Bagi skuad kendalian Ismail Zakaria, meskipun tewas pada 2 aksi sebelum ini ke atas Selangor dan Melaka United, perlawanan di tempat sendiri malam esok pasti ingin dijadikan medan kebangkitan seperti yang dilakukan pada fasa pertama yang lalu.

Lain pula cerita buat skuad kendalian Razip Ismail apabila dapat menarik nafas lega dengan mengutip 3 mata berharga Sabtu lalu. Kemenangan di gelanggang sendiri itu turut menamatkan penantian selama 1,620 minit tanpa sebarang ‘clean sheet’ seterusnya menyuntik semangat baru terutamanya buat barisan pertahanan dalam mengekalkan pasukan dari terus dibolosi.

Pahang dijangka akan turun berbekalkan skuad yang sama ketika menewaskan Sarawak dan mungkin ada sedikit pertukaran pemain melibatkan 1-2 pemain yang masih belum cergas sepenuhnya. Aksi yang bertenaga buat 3 pemain yang melakukan ‘debut’ diharap akan dikekalkan terutamanya buat pemain pertahanan kiri, Hilmi Hussaini yang mempamerkan persembahan yang agak baik pada aksi Sabtu lalu.

Penampilan R Kogileswaran selama 90 minit adalah diharapkan agar dengan kehadiran beliau mampu merancakkan serangan yang diketuai oleh gandingan Shayesteh dan Vranjican

Barisan Kemungkinan (Ramalan TGC):

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top