Anda di sini
Laman Utama > Artikel > Mengenali pemain tempatan terbaru PFC

Mengenali pemain tempatan terbaru PFC

Kogi Dinesh Helmi-01

R Kogileswaren

58 PFCvsATMBerumur 18 tahun, anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini merupakan pemain tengah dan juga boleh memainkan peranan untuk posisi menyerang.

Penyertaan Kogi dalam skuad Pahang FC diulit kontroversi apabila Frenz United mendakwa dia masih mempunyai kontrak dengan mereka dan Pahang telah menandatanganinya secara salah dan ianya berlaku beberapa hari sebelum sepak mula hendak dimulakan.

Mendapat perhatian ketika mewakili pasukan Malaysia B16 ketika pusingan kelayakan Piala Dunia B17 di Thailand dengan  Malaysia hampir ke Piala Dunia apabila berjaya layak ke suku akhir dimana dalam perlawanan tersebut Kogi menjaringkan gol tunggal negara dalam perlawanan tersebut yang dimenangi oleh Australia dengan keputusan 1-2.

Bermula dengan kelab CIMB-YFA semasa zaman remajanya sehingga menjulang kejuaraan Kejohanan 1MCC B14 pada 2012, beliau kemudiannya menyertai Frenz United dengan kontrak biasiswa 5 tahun dan menyertai kelab itu dalam kejohanan Antarabangsa Frenz pada tahun 2014 dan 2015.

Pernah bergelar salah seorang daripada 3 “Pemain Paling Bernilai” semasa Nike All Asia Football Camp di Doha yang di sertai 60 pemain muda serata Asia pada 2014 yang dipilih sendiri oleh Brian McClair, bekas penyerang Manchester United (MU) yang juga merupakan Pengarah Akademi MU semasa itu.

Menjadikan Paul Scholes sebagai idola, beliau mahu bermain sebagaimana corak permainan idolanya itu yang merangkumi cara penghantaran, ball winning dan yang paling penting teknik menguasai bahagian tengah.

RUMUSAN :

Seorang pemain yang versatile dan kemasukan beliau ke dalam pasukan adalah tepat pada waktunya tatkala Pahang masih tercari-cari kekuatan terutamanya di bahagian flank kiri atau kanan.

Debut ketika menentang Sarawak sangat bermakna buatnya apabila membantu pasukan untuk mengutip 3 mata berharga seterusnya mengeluarkan pasukan dari zon penyingkiran.

R Dinesh

dinesh1 (1)Merupakan rakan baik kepada R Kogileswaren maka tidak hairanlah beliau turut memilih Pahang FC sebagai destinasi terbaru dalam perjalanan bolasepaknya yang masih panjang.

Seperti Kogileswaren, Frenz United mendakwa Dinesh tidak berhak menandatangani kontrak dengan Pahang berikutan masih mempunyai ikatan bersama mereka dan mereka berdua akhirnya ditebus oleh Pahang FC semasa jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dibuka.

Juga berumur 18 tahun, Dinesh yang bermain di posisi pertahanan kiri memulakan karier dengan menyertai CIMB-YFA dan aksinya yang memikat membuatkan beliau seterusnya dipilih menyertai Harimau Muda D di bawah kendalian S. Balachandran.

Anak kepada juruteknik TNB ini kemudiannya memperolehi biasiswa dari Frenz United dan menyertai kelab tersebut dalam Kejohanan Antrabangsa Frenz pada tahun 2014 dan 2015.

Dinesh juga mengganggotai pasukan Malaysia B16 ketika pusingan kelayakan Piala Dunia B17 di Thailand bersama dengan Kogileswaren yang tewas kepada Australia di suku akhir dimana beliau mengisi kesebelasan utama dalam kesemua perlawanan kejohanan semasa kejohanan tersebut.

RUMUSAN :

Meskipun belum diturunkan dalam mana-mana perlawanan kompetitif bersama Pahang, pengalaman yang diraih sebelum ini bersama skuad Harimau Muda diharap dapat membantu Pahang yang dilihat amat kritikal di bahagian pertahanan ketika ini.

Pernah berada dalam satu pasukan bersama Kogi dan Faisal Halim, ia dilihat sedikit sebanyak dapat membantu membentuk keserasian sekiranya 3 pemain ini diturunkan secara serentak dalam kesebelasan utama nanti.

Helmi Eliza Elias 

21 PFCvsATMSalah seorang produk muda Kedah semasa zaman kegemilangan pasukan itu pada tahun 2007-2008 yang mengungguli Liga Malaysia dengan kemenangan ‘Double Trouble’, Helmi bermula dari bawah apabila menrupakan penjaga gol bagi Skuad Piala Presiden Kedah bermula pada tahun 2001.

Pada 2006, beliau dinaikkan pangkat oleh Jurulatih Kedah semasa itu Azraai Khor ke skuad senior setelah penjaga gol utama mereka berpindah ke Selangor dan ketidaktentuan prestasi Jamsari Sabian membolehkan beliau mendapat tempat selaku penjaga gol no 1 pada tahun 2007.

Selepas itu, karier beliau semakin berkembang dengan kemuncaknya dipilih mewakili negara dalam perlawananan persahabatan menentang Indonesia yang merupakan perlawanan pertama yang dikendalikan oleh B. Sathinathan dan terus menjadi pilihan Jurulatih itu selepas itu.

Aksi beliau yang diingati dan diperkatakan peminat ialah apabila beliau menyelamatkan percubaan jarak 25 kaki Deco semasa Malaysia XI tewas 0-2  menentang Chelsea di Stadium Shah Alam serta semasa Pestabola Merdeka pada 2008.

Beliau setia dengan Kedah sehingga 2012 dan kemudiannya menukar angin ke beberapa kelab selepas itu seperti Felda United, PDRM dan juga Negeri Sembilan.

RUMUSAN :

Satu penambahan dalam posisi yang penting ketika peminat asyik mempersoalkan krebiliti penjaga gol utama Pahang FC sekarang.

Kedatangan Helmi bakal memberi lebih pilihan kepada Razip Ismail untuk benteng terakhir pasukan setelah dua penjaga gol muda yang sedia ada tampak tidak bersedia untuk diturunkan.

Dalam perlawanan ujian yang dijalankan semasa bulan Ramadhan, Helmi yang diturunkan dalam dua perlawanan iaitu semasa menentang ATM dan Negeri Sembilan dan telah bolos 2 kali.

Pengalaman beliau sememang diperlukan dan diharap dapat memberi persaingan kepada Nasril serta boleh membimbing dua penjaga gol muda iaitu Saufi dan Daniel.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top