Anda di sini
Laman Utama > Berita > Kemenangan moral buat Pahang

Kemenangan moral buat Pahang

PicsArt_07-16-11.30.19

Oleh: (Muhsin & Oesandro)

Pahang mencatat kemenangan sulung dalam pusingan kedua Liga Super Malaysia apabila menundukkan Sarawak 2-0 sebentar tadi. Kedua-dua gol hasil jaringan pemain import baru, Pablo Vranjican.

Pasukan tuan rumah bermula dengan membariskan 4 pemain yang tidak disenaraikan sebagai kesebelasan utama pada perlawanan sulung Piala Malaysia yang lalu apabila memperlihatkan Helmi Heliza di beri kepercayaan menggalas tugas sebagai penjaga gol utama sambil Hilmi Hussaini menggantikan Faisal Rosli dan Nor Azam menampung kekosongan yang ditinggalkan oleh Claudio Meneses. Manakala Pablo Vranjican bergandingan dengan Faysal Shayasteh di bahagian serangan.

Pahang menguasai penuh pemainan melalui jentera tengah berkesan diketuai kapten Afghanistan, Faysal Shayesteh dan Azam Azih. Gol pertama Pahang terhasil melalui lintangan cantik oleh Matthew Davies yang ditanduk kemas Vranjican menewaskan penjaga gol Sarawak pada minit 38. Perlawanan separuh masa berakhir 1-0.

Separuh masa kedua bermula dengan Sarawak cuba mengubah taktikal menyerang ke kubu Pahang, namun masih gagal. Gol kedua Pahang muncul 15 minit sebelum perlawanan tamat, apabila Faysal Shayasteh tenang mengelecek pertahanan Sarawak sebelum melorong bola kepada Vranjican yang tenang menyepak leret sebelah kiri gol Sarawak.

Kemasukan penyerang sensasi Sarawak, Syahrul Azwari masih gagal menyuntik jentera serangan mereka. Keputusan penuh 2-0 membantu Pahang keluar daripada zon relegasi dan turut merekodkan “clean sheet” pertama sejak 5 Ogos 2015 yang lalu.

Kemenangan ini bakal diingati terutamanya buat 3 pemain yang mencipta “debut” buat skuad Tok Gajah iaitu Helmi Heliza, Hilmi Hussaini dan R Kogileswaran serta di harap mampu mencipta momentum jaringan buat Pablo Vranjican yang turut berjaya meledak 2 gol pada penampilan pertamanya di Darul Makmur.

Pahang FC : Nasril Nourdin (PG), Jailton de Campos, Saifulnizam Miswan, Matthew Davies (K), Mohd Faisal Rosli, Faysal Shayesteh, Claudio Mereses (Mohd Norazam), Salomon Raj, Fauzi Roslan, D Saarvindran (Mohd Sharizan), Mohd Faizal Mat Rani (Pablo Vranjican).

Sarawak : Mohd Shahril Shaari (GK), Mohd Shahrol Saperi (Shreen Anak Tambi), Mohd Hairol Mokhtar (K), Dennis Teah, J Partiban, Ashri Chuchu (Syahrul Azwari), Mohd Dzulazlan (Ronny Harun), Ramesh Lai, Mekeche Ndumba, Junior Aparecido, Gilmar da Silva

Keputusan lain :

JDT 5-0 Kedah
Felda United 2-1 Perak
T Team 3-4 Pulau Pinang
Selangor 2-1 PDRM

 

muhsin
"Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah" @syedahmadmuhsin

Leave a Reply

Top