Anda di sini
Laman Utama > 100plus Liga Premier > Kuantan FA kutip 3 mata berharga di Selayang.

Kuantan FA kutip 3 mata berharga di Selayang.

wp-1468595822990.jpg

Pesta gol berlaku di Stadium MP Selayang apabila Kuantan FA berjaya memperolehi mata penuh apabila menewaskan pasukan tuan rumah Sime Darby FC dengan keputusan 4-3 dalam saingan 100plus Liga Premier sebentar tadi.

Gagl mendapat khidmat pemain import Korea yang tidak cergas, sedikit pertukaran dilakukan oleh Ketua Jurulatih Kuantan FA, Zulhamizan Zakaria dengan menggandingkan pertahanan import Ljubo Baranin dengan Isskandar Zukarnain berikutan penggantungan ketua pasukan mereka Ilham Yusof manakala Shazlee Ramli pemain yang baru berpindah dari JDT II mendapat kemunculan pertamanya dengan Kuantan FA

Kuantan FA mendahului Sime Darby seawal minit ke 8 setelah Dao Bakary mudah menyudahkah lontaran jauh dari Ljuba Baranin  menewaskan penjaga gol Mohd Redzuan Harun.

Sime Darby cuba mengimbangi permainan apabila sebaliknya dihukum pelawat dengan gol kedua sejurus sebelum permainan separuh masa pertama setelah Redzuan gagal menangkap kemas rembatan pemain import tengan Srdjan Vidakovic.

Bersambung babak kedua, Sime Darby FC bermula garang apabila merapatkan kedudukan hasil tandukan Matteo Roskan hasil sepakan sudut menjadikan kedudukan 1-2 berpihak pada pelawat.

Namun Dao Bakary melebarkan kedudukan seminit kemudian hasil rembatan dari luar kota penalti menewaskan penjaga gol gantian Sime Darby FC, Kamarul Effendi.

Tidak berputus asa, Sime Darby cuba mencari gol dan berjaya menjadikan kedudukan 2-3 sekali hasil jaringan ketua pasukan mereka Matteo Roskam apabila bola rembatannya gagal ditangkap kemas oleh ppenjaga gol Kuantan FA.

Ljuba sekali lagi menjadikan lontaran kedalam jauhnya sebagai senjata utama apabila buat kali kedua berjaya menghasilkan gol setelah Malik Arif menanduk lontarannya di depan gol.

Ketika seakan-akan pemainan akan tamat dengan kedudukan 4-2, Sime Darby berjaya memperolehi gol ke tiga melalui Syed Sobri yang menamfaatkan suasana kelam kabut di hadapan gol untuk menjadikan kedudukan muktamad 4-3 dimenangi oleh Kuantan FA.

Sime Darby FC : Mohd Redzuan Harun (PG) (Kamarul Effendi), Mohd Akmal Md Zahir, Mohammad Rafiq Syah (Zul Fahmi Awang), Muhammad Juzaili Samion, Ha Dae Won, K. Prabakaran, Syed Sobri Syed Mohd, Mohd Faizal Ab Aziz (Dzul Fahmi Abdul Hadi), Mohd Rafizi Hamdan, Mateo Roskam (K), Obiikechukwu Charles.

Kuantan FA : Mohd Zairi Hafiezi (PG), Ljubo Baranin, Isskandar Zulkanaen, Norfahmie Hadzrin Nordin, Mohd Fiqri Abdullah (Rafizi Zahari), Srdjan Vidakovic (Khairul Azman Awang Long), Muhammad Hashim Shamsuddin, Shazalee Ramlee, Hazwan Fakhrullah, Abdul Malik Mat Ariff (Mohd Shahrul Aizad), Dao Bakary.

Keputusan lain :

ATM 2-1 DRB-Hicom FC
Perlis 2-1 N.Sembilan
JDT II 2-1 Sabah
PKNS 3-0 UiTM FC

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top