Anda di sini
Laman Utama > Berita > Piala Malaysia : PFC mulakan dengan langkah kiri

Piala Malaysia : PFC mulakan dengan langkah kiri

vsKEL 3

Hasrat Pahang FC untuk memperolehi 3 mata pertama untuk saingan dalam peringkat kumpulan Piala Malaysia tidak kesampaian apabila tewas dengan keputusan 1-0 kepada Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV malam tadi.

Razip Ismail tidak dapat menurunkan kesemua pemain import barunya apabila Pablo Vranjican dilaporkan tidak sihat sebelum perlawanan dan digantikan dengan Mohd Faizal Mat Rani manakala Norazam Azih kembali dari kecederaan dan bermula di bangku simpanan.

Kelantan yang juga memburu kemenangan kerana beraksi di tempat sendiri berjaya mendahulu seawal minit ke 3 setelah Wan Zaharulnizam merembat bola dari luar kotak penalti menewaskan Nasril Nourdin.

Pahang FC cuba mencari gol pernyamaan dengan serangan bertali arus dengan tetapi  gagal setelah Kelantan bertahan dengan baik sehinggalah tamat babak pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan galak menyerang dengan Razip cuba memasukkan Norazam Azih bagi menggantikan Claudio Mereses yang cedera dan juga penyerang Argentina, Pablo Vranjican dengan Faizal Rani untuk memantapkan bisa serangan.

Namun keputusan perlawanan kekal sehingga tamat perlawanan dengan Kelantan mengutip mata penuh untuk perlawanan sulung Piala Malaysia berkongsi mata dengan Selangor yang menewaskan Kuala Lumpur dalam satu lagi perlawanan kumpulan B.

Foto : FB Pahang FC

Kelantan : Khairul Fahmi (GK), Jonathan McKain, Muslim Ahmad, Wan Zack Haikal (Norhafiz Zamani Misbah), Wan Zairulnizam, Brendan Gan, Mohd Qoyyum, Indra Putra Mahyuddin (K) (Mohd Badri Radzi), Blazhe Ilioski, Wander Luiz Junior (Mohd Noor Hazrul).

Pahang FC : Nasril Nourdin (PG), Jailton de Campos, Saifulnizam Miswan, Matthew Davies (K), Mohd Faisal Rosli, Faysal Shayesteh, Claudio Mereses (Mohd Norazam), Salomon Raj, Fauzi Roslan, D Saarvindran (Mohd Sharizan), Mohd Faizal Mat Rani (Pablo Vranjican).

Keputusan lain :

Kumpulan A

TTeam 2-2 JDT II

Kumpulan B

Selangor 1-0 Kuala Lumpur

Kumpulan C

JDT I 2-2 PKNS FC

Kumpulan D

Melaka Utd 2-1 Terengganu
Felda Utd 3-1 N.Sembilan

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top