Anda di sini
Laman Utama > Gossip Perpindahan > Sentuhan Amerika Latin untuk Pahang?

Sentuhan Amerika Latin untuk Pahang?


Latin-01

Oleh: (Mrcipizs & Oesandro)

Pahang bakal mendapat sentuhan pemain dari Amerika Selatan untuk baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia yang akan bersambung selepas sambutan Hari Raya Aidifitri Julai ini apabila 3 dari 4 pemain yang di uji dalam perlawanan persahabatan sepanjang Ramadan adalah pemain dari benua itu.

Mereka adalah Pablo Vranjican dari Argentina, Claudio Meneses (Chile) dan juga Jailton de Santos (Brazil) manakala pemain yang turut diuji untuk kuota Asia ialah dari Afghanistan, Faysal Shayesteh.

Sehingga hari ini, 3 pemain import sudah kelihatan sudah sah ditamatkan kontrak secara rasmi iaitu German Pacheco yang sudah berhijrah ke kelab Thailand, Nejc Potokar (tidak kembali ke Malaysia) dan Zesh Rehman (mengumumkannya di twitter rasminya) manakala seorang lagi pemain import Dalibor Volas masih berada di Kuantan menjalani latihan bersama pasukan.

Berikut adalah sedikit info berkaitan keempat-empat bakal pemain import Pahang FC yang sedang menjalani pemilihan dan berkemungkinan besar akan ditandatangani semasa jendela perpindahan pemain kedua yang telah dibuka dan akan berakhir pada 15 Julai ini:

Jailton de Santos (Brazil)

FB_IMG_1467605526272

Merupakan seorang pemain pertahanan kental yang mempunyai ketinggian 1.90 meter ini sudah pun berusia 30 tahun dan lahir di Sao Paolo, Brazil.

Beraksi dengan kelab terakhirnya di Liga B Brazil, Esporte Clube Bahia beliau telah beraksi sebanyak 17 perlawanan  dan berjaya menjaringkan 2 gol pada musim 2015.

Banyak dipinjamkan ke kelab lain, beliau dikatakan mempunyai corak permainan yang keras dan kental.

RUMUSAN :

Meskipun turun dalam beberapa perlawanan persahabatan termasuklah pada 2 aksi terakhir baru-baru ini di Kuantan dan Melaka, beliau dilihat masih bergelut dalam membentuk persefahaman dengan Saiful Nizam.

Peranan beliau dalam memulakan serangan masih belum cukup dalam membantu barisan tengah mencipta gerakan-gerakan yang berbahaya buat kubu lawan. Namun, kelebihan fizikal yang ada pada beliau dilihat mampu menyerap asakan dan menghasilkan lebih banyak interception terutamanya ketika situasi bola di udara.

Diharap perlawanan demi perlawanan bakal memberikan lebih nilai tambah buat beliau dalam mengukuhkan benteng pertahanan yang dianggap begitu kritikal ketika ini.

Claudio Meneses (Chile)

FB_IMG_1467605316815

Bermain di posisi tengah bertahan dan juga boleh bermain di bahagian pertahanan, pemain berusia 28 tahun ini berasal dari La Serena, Chile.

Memulakan karier di kelab Deportes La Serena, Meneses seorang yang dilihat tidak berhijrah ke banyak kelab dengan kemuncak kariernya ialah bermain di O’Higgins FC apabila memenangi Liga Apurta Chile bersama kelab itu pada tahun 2013.

Beliau kemudiannya dipinjamkan ke kelab Audax Italiano di Chile selama semusim dan berhijrah ke San Luis de Quillota pada musim lepas dengan membuat hanya 3 penampilan sahaja.

RUMUSAN :

Meskipun hanya beraksi pada 3 siri perlawanan persahabatan sahaja, beliau dilihat cepat menyesuaikan dengan senario dan tempo bola sepak domestik dan dilihat berjaya menyuntik sedikit ‘lifeline’ di bahagian tengah pasukan.

Penampilannya di Stadium Hang Jebat dilihat semakin baik berbanding aksi pertamanya di Paroi tempoh hari.

Meskipun belum disajikan dengan hantaran jauh dan tepat ke arah kedua-dua flanks pasukan, kehadiran beliau sebagai protector kepada back four dilihat mampu menutup kelemahan pasukan sebelum ini.

Pablo Vranjican (Argentina) 

FB_IMG_1467605341332Berusia 30 tahun, Pablo lahir di Acebal, Argentina tetapi mempunyai darah Croatia dari sebelah ibunya bermain sebagai penyerang.

Memulakan karier di Kelab Newell’s Old Boys yang pernah melahirkan ramai pemain terbaik Argentina, Pablo merantau ke beberapa negara selepas itu seperti di Paraguay, Chile dan juga Cyprus.

Kelab terakhirnya adalah di kelab Chile, Curicó Unido yang bermain dalam Primera B tangga kedua Liga Chile dengan membuat 26 penampilan serta menjaringkan 15 gol pada musim tersebut.

RUMUSAN :

Selain 4 gol yang berjaya direkodkan dalam 6 siri perlawanan persahabatan, kemampuan beliau dalam menghasilkan lebih banyak jaringan terhenti pada perlawanan keempat (Negeri Sembilan), kelima (ATM) dan keenam (Melaka).

Persefahaman mungkin sedikit dilihat melalui gandingannya bersama Faysal, namun peranan kedua-dua flanks adalah dituntut untuk membuka lebih banyak peluang buat beliau dalam membuktikan sesuatu kepada pasukan nanti.

Beliau turut kelihatan lebih mobile dan dilihat beberapa kali membantu barisan pertahanan terutamanya ketika pasukan berada dalam situasi bola mati.

Faysal Shayesteh (Afghanistan)

FB_IMG_1467605327989Faysal yang berumur 25 tahun merupakan Ketua Pasukan Afghanistan semasa kempen kelayakan Piala Asia 2017/ Piala Dunia 2018 baru-baru ini setelah diberi tanggungjawab itu oleh Petar Segrt jurulatih baru Afghanistan.

Bermain sebagai pemain tengah menyerang beliau sudah menjaringkan 17 gol daripada 25 penampilannya bersama pasukan kebangsaan Afghanistan.

Kelab sebelumnya adalah kelab dari Thailand, Songkhla United yang ketika itu beraksi di dalam liga utama (Thailand Premier League) dan menjaringkan 17 gol dari 23 penampilan.

Memulakan kariernya di Belanda kerana bapanya seorang doktor berhijrah ke negara itu ketika beliau masih bayi, Faysal mempunyai kemahiran sepakan percuma dengan kebanyakkan golnya adalah dari kaedah ini dan yang terbaru ketika perlawanan persahabatan dengan Melaka United sabtu lepas.

RUMUSAN :

4 gol yang dijaringkan setakat ini mencerminkan beliau sebagai seorang second striker yang baik.

Beliau yang turut berperanan dalam situasi set pieces turut menjaringkan gol menerusi direct free kick ketika bertemu Melaka. Beliau juga perlu mendapatkan lebih banyak support terutamanya di bahagian half way line agar peranan beliau sebagai second striker akan lebih mudah dan efektif nanti.

Secara kesimpulannya, kehadiran 4 pemain import baharu meskipun belum menghadirkan ‘wow factor’diharap dapat menghadirkan impak yang positif seperti yang telah dibuktikan oleh kehadiran Damion Stewart dan Matias Conti yang hadir pada waktu yang tepat pada jendela perpindahan pemain April 2013 yang lalu. Tempoh kurang dari seminggu sebelum sepak mula saingan Piala Malaysia betul-betul menguji kemampuan pasukan apabila memperlihatkan pemain-pemain perlu memantapkan persefahaman terutamanya melibatkan beberapa pemain baharu. Semoga tempoh rehat yang lama dan berbekalkan beberapa siri perlawanan persahabatan dapat memandu pasukan ke landasan yang lebih baik nanti.

*Artikel ini hanyalah berpandukan prestasi pemain-pemain import menerusi 3 perlawanan persahabatan terakhir dan mungkin terdapat kekhilafan dalam judgement terhadap mereka.

 

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top