Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang FC akhiri siri persahabatan dengan kekalahan

Pahang FC akhiri siri persahabatan dengan kekalahan

wp-1467477574339.jpg

Pahang FC gagal mencari kemenangan ketiga dalam siri persahabatan mereka sepanjang bulan Ramadhan sebelum liga bersambung apabila tewas kepada pendahulu Liga Perdana, Melaka United di Stadium Hang Jebat sebentar tadi.

Ketua Jurulatih Pahang FC, Razip Ismail menurun keempat-empat import barunya yang sedang di uji dengan Salomon yang cedera semasa menentang ATM di Kuantan kembali digandingkan dengan bersama Meneses di bahagian tengah manakala R Dinesh dan R Kogileswaren menyarung jersi Tok Gajah secara rasmi buat pertama kali  walaupun hanya bermula di bangku simpanan selepas isunya dengan bekas kelabnya Frenz United berakhir bulan lalu.

Melaka United mendahului seawal minit ke-18 melalui Ilija Spasojevic yang tenang menyempurnakan penalti menewaskan Nasril Nourdin setelah Saifulnizam dipersalahkan pengadil kerana menampan bola di dalam kotak penalti.

Pahang FC yang banyak menguasai permainan gagal menemui penyudah dalam separuh masa pertama walaupun berjaya membuat beberapa peluang di depan gol tuan rumah melalui Pablo dan Faysal menyaksikan keputusan kekal 1-0 sehingga tamat babak pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Pahang FC berjaya menyamakan kedudukan setelah melalui Faysal Shayesteh yang menyepak masuk sepakan percuma menarik dari jarak 30 meter menewaskan Ahmad Solehin Mamat.

Melaka United yang sekali sekala menyerang kembali mendahului setelah pertahanan Pahang FC, Jailton Dos Santos melakukan kesilapan setelah  gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya membolehkan Feris Daniel mudah merembat bola dan menjaringkan gol pada minit 65.

Walaupun Razip menukar taktikal dengan memasukkan Dinesh, Helmi Abdullah, Kogileswaren dan Faizal Rani keputusan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top