Anda di sini
Laman Utama > Berita > Selamat tinggal Abang Botak!

Selamat tinggal Abang Botak!

6 Pahang vs Sarawak

Jodoh antara Pahang FC dengan pertahanan import dari Pakistan, Zeshan Rehman akhirnya terlerai apabila beliau secara rasminya mengumumkan penamatan kontrak secara persetujuan bersama berkuatkuasa serta merta dalam akaun twitter rasminya semalam.

WhatsApp-Image-20160628Zeshan yang menyertai Pahang pada Disember 2013 dari kelab Hong Kong Kitchee FC merupakan satu-satunya pemain import pada musim 2015 yang dikekalkan oleh Pahang FC tatkala 3 lagi rakannya telah berhijrah ke pasukan lain.


Walaupun berasal dari Pakistan, Zesh sebenarnya dilahirkan dan dibesarkan Birmingham, United Kingdom dan pernah mewakili England dalam peringkat bawah umur namun pada peringkat senior beliau telah  memilih untuk mewakili negara asalnya.

Berikut adalah pernyataan rasminya yang dipetik dari blog rasminya http://zeshrehman.blogspot.my/

“Saya telah mencapai persetujuan bersama dengan Pahang FC untuk menamatkan kontrak saya serta merta dengan alasan yang tidak dapat didedahkan.

Satu penghormatan bermain dengan Pahang FC selama 3 tahun dan mendapat pengalaman  menjadi ketua pasukan untuk kelab ini.

Saya juga gembira dengan sumbangan saya kepada kelab apabila bermain 94 (perlawanan) dari 100 (perlawanan).

Menjulang kejuaraan Piala Malaysia, Piala Sumbangsih dan Piala FA pada tahun 2014.

Pada 2015, mencapai peringkat separuh akhir Piala Malaysia dan Piala FA, menjadi pencabar liga sehingga menamatkan kedudukan tertinggi untuk Pahang dalam 10 tahun kebelakangan serta mencipta sejarah kelab apabila berjaya layak ke suku akhir Piala AFC.

116

Berjaya menjaringkan 13 gol, 8 ciptaan peluang dan menjadi pemain pertahanan yang paling banyak menjaringkan gol dalam Liga Super Malaysia.

Saya suka untuk kembali di masa hadapan sebagai seorang jurulatih sepertimana yang ditawarkan kepada saya sebelum bermulanya musim ini cuma ia belum waktu yang sesuai ketika itu.

Saya pasti akan kembali melawat Kuantan, tempat lahirnya anak lelaki saya.

Pahang mempunyai penyokong yang terbaik di Malaysia dan yang terbaik dalam semua pasukan yang saya pernah bermain.

Tinggal di sini amatlah seronok dengan hirarki, memori yang indah dan mendapat ramai rakan yang baru.

Selamat berjaya kepada semua staf dan rakan sepasukan untuk sepanjang musim ini.

Terima Kasih”.

20 Pahang vs Sarawak

Terkenal dengan imej kepala botaknya, Zeshan boleh bermain di posisi pertahanan tengah dan juga tengah bertahan serta membentuk gandingan yang mantap bersama Damion Stewart, Razman Roslan dan juga Hafiz Kamal.

Terima Kasih dan Selamat Berjaya Zeshan!

Anda akan selalu dirindui!

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top