Anda di sini
Laman Utama > Berita > Kuantan FA sambar pemain Korea

Kuantan FA sambar pemain Korea

Jendela perpindahan yang dibuka sejak 20 Jun lalu nyata dipandang serius oleh pihak pengurusan Kuantan FA apabila berjaya mendapatkan seorang pemain import baru selain mendaftarkan seorang lagi pemain tempatan untuk menghadapi saingan baki Liga Perdana pada musim ini.

wp-1467082923546.jpgwp-1467082928483.jpgMenurut laman FB rasmi pasukan ini, Sim Woon Seob yang berasal dari Korea menjadi pilihan pihak pengurusan setelah melakukan beberapa perlawanan persahabatan bagi menguji beberapa pemain import sebelum ini.

Woon, 26 yang bermain di posisi tengah bertahan akan menggantikan pemain Jepun Shunsuke Nakatake yang mengalami kecederaan Anterior cruciate ligament (ACL) pada pertengahan musim sehingga terpaksa menjalani pembedahan yang memaksanya berehat sehingga penghujung musim.

Pernah beraksi dengan dua kelab yang menghuni tangga teratas di negara masing-masing iaitu Ayeyawady United (Mymmar) dan Phnom Penh Crown (Loas), Woon akan menjadi nadi utama barisan tengah Kuantan FA yang agak pincang setelah kecederaan yang dialami oleh Nakatake.

Dalam pada itu, Kuantan FA juga berjaya mendapat seorang lagi pemain untuk mengisi slot pemain tempatan apabila menandatangani bekas pemain JDT II dan Balcatta FC (Australia), Shazlee Ramlee bagi menguatkan lagi bahagian tengah pasukan.

Shazlee, 21 yang dilepaskan oleh JDT II semasa jendela perpindahan kali ini merupakan pemain kelahiran Australia-Malaysia namun tidak pernah mendapat tempat pengendali JDT II, Benjamín Mora Mendivil dan faktor itu mendorong beliau berhijrah mencari angin baru.

DSC_6399a

Majlis menandatangani kontrak kedua-dua pemain ini telah berlangsung di hadapan Pengurus Kuantan FA, Dato’ Wan Solihin Wan Hassan di pejabat persatuan itu malam tadi.

Kuantan FA yang gagal layak ke Piala Malaysia setelah menduduki tangga ke 7 di dalam liga dengan memperolehi 15 mata ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu Melaka United kini beralih sasaran untuk fokus kekal dalam Liga Perdana musim hadapan.

 Foto : FB Kuantan FA

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top