Anda di sini
Laman Utama > Berita > Kogi dan Dinesh sah milik Pahang FC

Kogi dan Dinesh sah milik Pahang FC

Kogi Dinesh-01

Dua bekas pemain Frenz United yang sebelum ini gagal didaftarkan oleh Pahang FC dalam saingan Liga Malaysia kini boleh menarik nafas lega kerana isu yang membelenggu mereka selama 5 bulan akhirnya selesai pada hari ini.

screenshot_2016-06-27-15-00-46-49.png

Menurut dari twitter rasmi Pahang FC, kedua-dua pemain tersebut mereka telah sah menjadi pemain Pahang FC setelah didaftarkan secara rasmi semasa tempoh perpindahan kedua yang dibuka sejak 20 Jun lepas.

Kogileswaren dijangka akan menyertai rakan sepasukan bermula malam ini manakala Dinesh akan menyertai rakannya sebaik sahaja pulang dari Jepun setelah menyertai skuad Frank Bernhardt yang dalam rangka latihan di negara matahari terbit itu sejak 10 Jun.

Melalui twitter tersebut Kogileswaren dipetik meluahkan perasaan leganya setelah segalanya selesai.

“Lega dengan keputusan ini dan saya berterima kasih kepada mantan CEO Pahang FC, Fahrizal Hassan yang sejak mula memperjuangkan hak kami yang ingin menyertai pasukan Pahang FC tanpa berputus asa.

Malah beliau juga sangup menguruskan latihan kami di luar negara sehingga kami akhirnya dapat bersama pasukan Pahang”.

Dinesh yang dihubungi melalui aplikasi whatapps dari Chiba, Jepun pula menyatakan keterujaannya untuk bersama pasukan bagi memperkuatkan skuad Pahang.

Mereka berdua turut menjunjung kasih kepada Y.A.M Tengku Abdul Rahman selaku Presiden Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) yang memberikan semangat dan peluang agar dapat bersama-sama di dalam skuad Pahang FC.

img_20160627_155239.jpg
Foto : Twitter PFC

Kemelut kedua-dua pemain ini bermula apabila Frenz United menyatakan mereka berdua masih milik kelab itu sebelum liga bermula walaupun Pahang FC telah menandatangani mereka sebelum itu.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui Jawatankuasa Status Pemain membuat keputusan kedua-dua pemain masih milik Frenz Unite  dan meminta kedua-dua pihak menyelesaikannya di mahkamah undang-undang atau berunding sesama sendiri dalam mencari jalan penyelesaian.

Akhirnya, pada 20 Jun lalu Pahang FC menebus mereka dengan nilai pampasan sebanyak RM160,000 sebagai bayaran tebusan kontrak mereka.

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top