Anda di sini
Laman Utama > Berita > Kesefahaman pemain sasaran utama Razip

Kesefahaman pemain sasaran utama Razip

33

Misi meningkatkan kefahaman antara pemain menjadi salah satu intipati penting Ketua Jurulatih Pahang, Razip Ismail sebagai persediaan menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia yang akan bersambung selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Beliau yang ditemui selepas perlawanan persahabatan menentang Negeri Sembilan di Paroi pada Isnin mengakui barisan pemainnya sudah mula menampakkan peningkatan dan persefahaman setelah kembali menyambung latihan sejak 2 minggu lepas.

Sasaran kami selepas melakukan perlawanan persahabatan di Singapura dan di sini adalah saya ingin pemain-pemain meningkatkan keupayaan atau memperbaiki permainan mereka.

Saya telah memberi peluang kepada kesemua pemain untuk beraksi dan untuk itu saya harap mereka dapat membaiki kelemahan masing-masing dan dan mempertingkatkan gaya permainan mereka supaya secara tidak langsung pasukan Pahang kembali kuat untuk menghadapi pusingan kedua nanti.

Selain pemain-pemain yang sedia ada, Razip juga memanggil beberapa pemain dari skuad Piala Presiden untuk diuji bagi mengisi kelemahan pasukan dan juga sebagai pendedahan kepada pemain-pemain muda tersebut.

Ada juga beberapa pemain yang saya berpuas hati dengan aksi mereka seperti pemain-pemain Piala Presiden yang saya turut bawa untuk memberi pendedahan dan mungkin seorang dua pemain akan diserap masuk ke dalam pasukan Pahang untuk menghadapi Liga Super dan Piala Malaysia.

Saya lihat mereka ada potensi dan diharapkan pemain-pemain ini mengambil peluang ini untuk menyakinkan saya dan pihak pengurusan kerana ini peluang terbaik untuk mereka beraksi dalam peringkat tertinggi iaitu Liga Super.

Pahang FC mengatur 4 perlawanan persahabatan setakat ini dengan 3 perlawanan di Singapura iaitu menentang Geylang United, Eunos Crescent FC dan Police Sports Association manakala yang terbaru menentang Negeri Sembilan di STAR, Paroi.

Dari 4 perlawanan tersebut, Pahang FC memperolehi 2 kemenangan (Eunos Crescent FC & Police Sports Association)  dan tewas 2 lagi perlawanan (Geylang United dan Negeri Sembilan).

 

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top