Anda di sini
Laman Utama > Berita > Pahang FC terus uji Awang Import

Pahang FC terus uji Awang Import

Pahang FC gagal mengulangi kecemerlangan semasa sesi perlawanan persahabatan antarabangsa di Singapura minggu lepas apabila tewas 0-1 di tangan Negeri Sembilan dalam satu lagi perlawanan persahabatan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi sebentar tadi.

Menguji beberapa pemain import baru dan tempatan termasuk bekas penjaga gol Kedah dan Felda United, Helmi Eliza Alias, Pahang FC nyata longlai dengan gagal memberi ancaman kepada pasukan yang kini menduduki tangga kedua Liga Perdana itu.

3 pemain import baru diuji pada malam ini iaitu Faysal Shayesteh dari Afghanistan, Pablo Vranjican (Argentina) dan Claudio Meneses (Chile) dengan seorang lagi pemain import Jailton de Santos tidak beraksi kerana mengalami kecederaan.

Razip Ismail menggunakan kesemua pemain yang dibawa ke Paroi bagi menguji dan meningkatkan persefahaman dengan mencuba beberapa pemain diposisi yang berbeza antaranya meletakkan Faisal Rosli sebagai pemain tengah.

Beberapa pemain dari skuad Piala Presiden juga diuji untuk memberi pendedahan dan sebagai pelapis kepada pemain senior.

Pahang FC tewas hasil jaringan tunggal pemain import Negeri Sembilan yg mudah melakukan rembatan hasil dari sepakan penjuru yang mengakibatkan keadaan kelam kabut di hadapan gol Pahang FC.

Pahang FC : Helmi Eliza Elias (Muhammad Saufi), Matthew Davies (Ridhwan Maidin), Claudio Meneses (Muhammad Zuhair Aizat), Saifulnizam, Hilmi Husaini (Shahrizan Salleh), D Saarvindran (Faizal Rani), Solomon Raj (Helmi Abdullah), Faisal Rosli (Mohd Syafiqi), Faysal Shayesteh, Fauzi Roslan (Muhammad Jadid), Pablo Vranjican (Mohd Zul Hafiz)

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top