Anda di sini
Laman Utama > Friendli > [Friendly] Negeri Sembilan 1-0 Pahang

[Friendly] Negeri Sembilan 1-0 Pahang

FB_IMG_1466493365292

Pahang tewas kepada pasukan yang kini menghuni tangga kedua Liga Perdana yang dilihat berada dalam landasan yang terbaik untuk layak ke saingan Liga Super musim hadapan. Pertemuan malam semalam disifatkan satu pendedahan yang baik buat Pahang dalam membentuk semula persefahaman selepas mempamerkan aksi longlai pada 14 perlawanan kompetitif setakat ini.

Pada pertemuan semalam, kedua-dua pasukan menggunakan peluang untuk menguji barisan pemain import baharu termasuklah beberapa pemain import Negeri Sembilan yang beraksi di bahagian serangan.

Pahang turun dengan formasi klasik 4-4-2 dan memperlihatkan beberapa pemain diuji di posisi yang berbeza termasuklah Faisal Rosli di bahagian tengah dan Claudio Meneses bertindak sebagai central back bergandingan dengan Saiful Nizam Miswan. Manakala pemain Piala Presiden Pahang  (Helmi) diletakkan di posisi pertahanan kiri dan Matthew Davies kekal di sebelah kanan. Pahang turut menguji penjaga gol berpengalaman iaitu Helmi Heliza. Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai prestasi penjaga gol ini tatkala hampir keseluruhan perlawanan tidak banyak menghasilkan close chances bagi kedua-dua pasukan.

Persembahan yang bertenaga oleh pemain bek kiri (Helmi) wajar diberikan pujian dalam menampung kelemahan sebelum ini. Beliau dilihat mempunyai work rate yang tinggi dan kerap melakukan larian overlapping dalam membantu serangan pasukan. Namun begitu, final decision dan hantaran mencipta serangan masih lemah dan perlu diperbaiki. Begitu juga aksi yang dipamerkan oleh Faisal Rosli di bahagian  tengah yang dilihat mampu membentuk gandingan mantap bersama Salamon Raj. Namun, final ball melalui vision pass masih lemah seterusnya merencatkan ball possession pasukan. Pemain import yang baharu menjalani latihan dan trial bersama pasukan iaitu Claudio Meneses diuji di posisi pertahanan tengah dan kurang menampakkan impak dalam membentuk kubu yang jitu di barisan pertahanan. Mungkin faktor forte posisi beliau yang lebih kepada defensive midfielder  sedikit sebanyak membataskan persembahan yang lebih menyakinkan sebagai CB bersama pasukan semalam. Namun begitu, pemain ini perlu diberikan peluang kedua untuk membuktikan peranan beliau sebagai DMF dan bertindak sebagai tactical intervention kepada pasukan lawan nanti.

Bagi 2 tenaga import di bahagian serangan pula menemukan gandingan Faysal Shayesteh dan Pablo Vranjican. Faysal lebih bertindak sebagai second striker pada perlawanan ini dan dilihat masih bergelut untuk mempamerkan aksi yang betul-betul mantap bersama Vranjican. Peluang keemasan buat Pahang untuk menyamakan kedudukan hadir pada lewat permainan, namun Faysal gagal meletakkan bola ke gawang pasukan tuan rumah tatkala hanya berdepan dengan penjaga gol sahaja. Vranjican dilihat kerap membantu barisan pertahanan dan dilihat beberapa kali berjaya mengeluarkan bola dari kawasan bahaya terutamanya ketika pasukan ditekan dalam situasi set-pieces. Mungkin ini bakal menjadi turning point buat pasukan yang perlu memusatkan kubu pertahanan yang bermula dari attacking force bagi memastikan gawang pasukan tidak mudah dibolosi nanti dan kriteria ini mungkin ada pada Vranjican sambil perlu mengharapkan kedua-dua flanks turut membantu unit/department lain dalam bertahan.

Kemasukan seorang lagi pemain dari skuad Piala Presiden iaitu Aizat berjaya mencuri perhatian penulis yang turut mempamerkan aksi yang bertenaga di bahagian sayap pasukan. Beliau yang mengantikan Fauzi Roslan berbaki 10 minit terakhir permainan nyata tidak kekok dalam membantu melancarkan serangan pasukan. Buktinya, pemain ini berjaya melakukan larian deras dan melakukan hantaran silang  yang baik namun gagal dipintas oleh penyerang Pahang.

Tamat 90 minit permainan, Razip Ismail menguji kesemua pemain yang di bawa ke Paroi kecuali penjaga gol Nasril Nourdin. Meskipun tewas, namun masih ada ruang untuk memperbaiki pasukan dalam memastikan impian untuk terus berada dalam kelompok terbaik Liga Super kekal relevan. Kemasukan atau kehadiran full squad diharap bakal diturunkan pada satu lagi aksi pemanas badan pada 2 Julai ini, bertemu pasukan Melaka (tertakluk kepada pindaan). Kehadiran Jailton di bahagian pertahanan, Claudio di posisi tengah, Faisal Halim di bahagian sayap atau mungkin kelibat Kogileswaran atau Dinesh bakal mengembalikan gerun kepada pasukan lawan. Perlawanan persahabatan terakhir (2 Julai) ini perlu dimanfaatkan bukan sahaja membentuk persefahaman antara pemain malah dapat meningkatkan keyakinan terutamanya kepada barisan pemain muda kerana aksi pertama kempen Piala Malaysia akan bermula 10 hari dari tarikh siri perlawanan persahabatan ini nanti.

 

**Artikel ini ditulis hanya berpandukan perlawanan selama 90 minit semalam dan tidak boleh dijadikan panduan (judgement) dalam menilai keseluruhan prestasi individu mahupun pasukan.

 

 

Oesandro
[ "There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesizing the local football scene" ] -Follow @oesandro25 (Twitter)-

Leave a Reply

Top