Anda di sini
Laman Utama > Berita > Kogi dan Dinesh kini bebas

Kogi dan Dinesh kini bebas

Kogi n Dinesh

Status dua pemain muda dari Frenz United yang menjadi tanda tanya peminat-peminat di Malaysia dan Pahang khasnya terjawab apabila mereka kini dibebaskan dari kontrak dengan pampasan RM160,000 bagi kedua-duanya seperti diumumkan dalam laman Facebook rasmi kelab tersebut semalam.

Status FB Frenz United

M Kogileswaren dan R Dinesh yang mengundang kontroversi berikutan menandatangani kontrak bersama Pahang FC sebelum musim 2016 bermula sedangkan kelab mereka sebelum itu, Frenz United mendakwa duo ini milik mereka kerana masih mempunyai kontrak sehingga 2018.

Perebutan ini menjadi juga bertambah rumit setelah Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) menyertai tuntutan kedua-dua pemain ini sebagai pemain mereka berikutan kedua-duanya merupakan kelahiran Kuala Lumpur.

Kes ini bermula apabila beberapa hari sebelum sepak mula Liga Super, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui Jawatankuasa Statusnya memutuskan kedua-dua bekas pemain Harimau Muda ini sah milik Frenz United dan perlu berbincang dengan kelab yang berpengkalan di Janda Baik itu jika mahu mendapatkan khidmat kedua-dua pemain tersebut.

Walaubagaimanapun, setelah Pahang FC mengemukakan bantahan dan Jawatankuasa Status FAM kembali bermesyuarat, mereka memutuskan bahawa Kogi dan Dinesh hanya mempunyai biasiswa dengan Frenz United dan Peraturan Status Perpindahan Pemain bukanlah platform yang sesuai untuk memutuskan status mereka.

Frenz United dinasihatkan untuk menggunakan Mahkamah Undang-Undang untuk mempertahankan hak mereka.

Untuk itu, mereka dikenakan Sporting Sanction (Sekatan Kesukanan) daripada bermain dalam kesemua pertandingan bolasepak Malaysia sehingga permulaan Jendela Perpindahan Pemain Ke-2 iaitu yang bermula pada hari ini.

Berdasarkan kenyataan di laman Facebook tersebut juga, pihak Frenz United tidak menyebut pasukan mana yang menebus kontrak kedua-dua pemain itu dan juga tiada pengesahan rasmi dari pihak Pahang FC sendiri.

Foto : FB Pahang FC

mrcipizs
MyPassion with MyStyle..

Leave a Reply

Top